Cara Buat Nasi Dagang Terengganu, Versi Paling Mudah. Yang Penting Gulainya!

Share

 

Nasi dagang memang ramai yang suka makan tapi tak tahu nak buat. Nampak macam susah saja nak tapi kalau ikut resipi Mozairina Mohd ini cara membuatnya taklah sukar.

Bahan memang nampak macam banyak tapi langkah untuk membuatnya ringkas saja. Bahan pun sebenarnya dah ada di dapur kita.

Katanya ini resipi ini dari ibunya yang berasal dari Dungun Terengganu dan ia versi paling mudah untuk dibuat. Menurut Mozairina, untuk buat nasi dagang ini yang penting adalah gulainya. Kena guna rempah dari Terengganu, barulah rasa nasi dagang yang ori.

TIP

  • Gunakan rempah cap Bunga Rose untuk buat gulai, rempah dari Terengganu boleh beli di Shopee
  • Gulai ikan ini boleh juga di makan dengan nasi kuning, pulut kuning atau cicah roti.
  • Nak pastikan nasi dagang ini sedap kenalah 2-3 kali cuba. Jangan putus asa, buat sampai jadi kena dengan selera.
  • Resipi ini untuk 10 orang makan

Cara buat gulai ikan tongkol

Bahan untuk ikan:

1 ekor ikan tongkol aya kurik- Kukus – letak 4 asam keping, garam.
Gula melaka- 2 kerek kecik
Cuka – untuk pejalkan ikan

Bahan lain:

Bawang merah yg besar 8 biji- blend
Bawang putih 4 ulas -blend
Lngkuas – 2,3 hiris – blend
Kunyit – 2,3 hiris – blend
Halia -1 ibu jari – blend
Cili kering yang siap dikisar -10 sudu besar ( lagi banyak lagi merah kuahnya)
Rempah kasar – kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang.
Rempah gulai cap Bunga Rose – 4 sudu besar
Kerisik – 11/2 besar
Santan pekat – 2 cawan
Air ikan
Cili padi hijau(ikut suka nak letak berapa)
Nissan/gula melaka 2 kerek kecik

Cara membuat

  • Tumis rempah kasar.
  • Tumis cili kering sampai pecah minyak
  • Tumis bahan 1-5 (yang diblend sekaligus) sampai pecah minyak.
  • Letak rempah bunga rose bersama kerisik sampai pecah minyak. Letak nissan/gula melaka.
  • Letak air ikan yang dikukus tadi. Masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan tadi.
  • Letak santan sampai kuah menggelegak.
  • Masukkan ikan
  • Masukkan cili api hijau.
  • TIP: Kalau ada belimbing buluh, letak belimbing buluh lagi sedap.

Cara buat acar

Timun sebelah – potong memanjang
Carrot sebelah. – potong memanjang
Cili merah sebiji -hiris
Bawang merah sebiji. – hiris

  • Gaulkan semua bahan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa

Cara buat nasi  dagang

Langkah 1

  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 cawan beras pulut – cuci dan direndam 1 malam, tos dan kukus 20 minit.

Langkah 2

  • Angkat beras yang dikukus tadi.
  • Masukkan 3 cawan santan cair (1 cawan pekat, tambah air 2 cawan untuk jadikan santan air).
  • Masukkan garam 2 sudu kecil , gula 2 sudu sebatikan dalam santan cair tadi. Arungkan biar rata dan kukus semula selama 20 minit.

Langkah 3

  • Angkat beras yang dikukus tadi.
  • Masukkan 11/2 cawan santan pekat
  • Masukkan1 sudu kecil garam
  • Masukkan 1 sudu kecil gula
  • Masukkan bawang merah 3 ulas dihiris
  • Masukkan Halia 2 inci dihiris
  • Masukkan Halba 1 sudu kecil.

  • Langkah 3 ini terpulang nak kukus lagi atau tidak. Kalau nak tahan lama boleh kukus lagi 20 minit. Kalau nak terus makan, tak perlu kukus lagi.
  • Nasi dah cantik dan sedap dah secukup rasa. Makan nasi sahaja tanpa kuah pun dah sedap.

Tip : kalau nak wangi, letak beberapa helai daun pandan dalam kukusan.

Siap! Nak lagi feel bungkus nasi dagang dalam daun pisang

Sumber: Mozairina Mohd

Klik SINI untuk beli rempah cap Bunga Rose di Shopee

 

Published by
VK