Makan

Cara Buat Nasi Goreng Cina Yang Mudah & Sedap Sangat!

Share

Antara nasi goreng kegemaran ramai terutamanya anak-anak adalah nasi goreng Cina. Cuma tak semua mahir buat nasi goreng ini.

Bagi yang nak cuba buat sendiri di rumah nasi goreng Cina ini boleh ikut perkongsian Har Ryea. Menu ini katanya jadi kegemaran anak-anak kerana tak pedas. Cara membuatnya juga ringkas tapi sedap sangat. 

Cara buat nasi goreng Cina yang mudah

Bahan-bahan

Nasi
Bawang putih – 5 ulas besar (ketuk dan cincang halus)
Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 atau 3 sdb
Minyak Bijan – 1 atau 2 sdb
Udang Segar
Telur – 4 atau 5 biji
Sayur campur – 1 mangkuk

INFO : Kuantiti bahan bergantung pada kuantiti nasi yang digunakan. Jika banyak lebihkan bahan-bahan.

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.

2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.

3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit supaya telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi.

4. Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.

5. Taburkan Maggi Cukup Rasa, kacau sekejap.

6. Masukkan minyak bijan & kacau lagi.

7. Sesuaikan rasa, boleh tambah serbuk Maggi Cukup Rasa atau minyak bijan ikut cita rasa. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Har Ryea

 

Published by
VK