Nasi goreng kerabu ini tak sama dengan nasi kerabu yang digoreng. Bukan ya, yang ini nasi putih biasa yang digoreng bersama dengan sayur dan daun-daun yang wangi.
Aromanya memang harum dan menyelerakan. Kalau suka nasi kerabu confirm akan suka nasi goreng kerabu ini. Tambah pula ada petai di dalamnya.
Hidangan ini lagi sedap dimakan bersama dengan telur mata dan sambal belacan. Cara membuatnya ditunjukkan oleh Nurul Ateekah.
Bahan-bahan
3 cawan nasi (diperoi)
Udang
2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
1 biji bawang merah ( dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang cili hijau (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
1 kuntum bunga kantan(dihiris)
3 helai daun limau purut(dihiris)
Petai
2 batang kacang panjang(dipotong)
2-3 biji telur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih ½ sudu kecil
SoS ikan 2-3 sudu besar
1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Kemudian pecahkan telur masak sehingga masak. Ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama umis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
3. Kemudian masukkan udang, serbuk pada putih dan goreng sehingga masak.
4. Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai.
5. Masukkan serbuk perasa, garam, nasi ikan bilis dan telur.Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan sos ikan dan goreng sehingga sedikit berasap.
7. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Ateekah