Selain nasi goreng guna cili kering atau ikan goreng, nasi goreng kunyit ini juga antara hidangan yang disediakan oleh orang tua kita dulu.
Memang nostalgia. Aroma kunyit waktu memasaknya buat kita tak sabar nak makan. Tambah pula warna kuning dari kunyit, nampak sedap saja di mata.
Lagi best, bahan nak buat nasi goreng kunyit dan cara membuatnya pun ringkas saja. Senang amat. Kalau nak cuba ikut cara yang dikongsi oleh Wan Luqman
ini.Lebih kurang 1 inci – kunyit hidup
Cili api – kuantiti ikut citarasa
2 biji Bawang merah
4 ulas bawang putih
Ikan bilis secukupnya
Bahan lain
1 biji telur
Kailan -dipotong
1.Tumbuk semua bahan di atas, boleh juga nak guna food processor
2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi sampai garing, waktu ini aroma kunyit memang semerbak.
3. Pecah telur dalam tumisan yang sudah garing tadi dan kacau.
4. Kemudian boleh letak garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan nasi dan gaul sebati.
6. Seterusnya boleh masuk sayur kailan atau sayur lain yang disukai. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Luqman