Nasi goreng paling sedap adalah nasi goreng yang mak kita buat. Nasi goreng ini memang legend sebab tak letak perencah pun tapi tetap sedap sampai kita teringat-teringat hingga sekarang.
Bersyukurlah kalau masih ada ibu, boleh merasa lagi air tangannya ini. Tapi bagi yang dah tiada tapi teringin sangat nak makan boleh cuba buat sendiri.
Caranya dikongsi oleh Har Ryea
Cara buat nasi goreng legend!
Bila sebut nasi goreng legend inilah dia, tak perlu susah-susah fikir perencah itu dan ini.
1. Tumbuk saja bawang merah, bawang putih, lada kering (rebus sekejap). Tambah ikan bilis, tumbuk sekali.
2. Tumbuk sampai macam ni, tak lumat pun tak apa.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sampai garing. Masukkan garam dan serbuk perasa.
4. Pecahkan telur kemudian ratakan perlahan-lahan.
5. Masuk nasi sejuk, gaul rata sampai berwap sikit.
6. Siap. Mudah dan sedap, confirm makan bertambah.
Selamat mencuba!
Sumber: Har Ryea
Sukatan Mudah Buat Rempeyek, Puas Hati Boleh Letak Bilis & Kacang Banyak Mana
Nampak macam susah tapi bila tengok resipi yang dikongsi Suhada Ghads ini macam senang jer nak buat rempeyek.
So tahun ni apa kata buat sendiri, bole letak banyak bilis atau kacang banyak, ikut cita rasa. Barulah best.
Boleh ikut resipi Suhada ni ya.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras (saya guna cap 3 Gajah)
1 cawan tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
¹/² cawan ketumbar (blend kering)
1 sudu (B)jintan manis (blend kering)
200g udang kering (blend kering)
2 biji telur
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara membuat
1. Ikan bilis dan kacang cuci bersih dan tos.
2. Bancuh sahaja semua adunan kecuali kacang dan bilis. Air secukupnya. Bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat.
3. Boleh mula menggoreng. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
4. Siap
Selamat mencuba
Sumber:Suhada Ghads
Cara Hapuskan Bau Tak Sedap Dalam Kereta. Tak Perlu Guna Pewangi, Kereta Bau Harum & Segar
Tertumpah makanan, air, anak muntah, bau rokok, semua ini menyumbang pada bau yang tak sedap dalam kereta.
Buka saja pintu dah hidu bau tak sedap ini dan kita terpaksa bertahan kadang-kadang berjam-jam selama dalam kereta.
Dah guna pewangi pun tak jalan, habis pewangi terbau lagi. Jadi cara terbaik kita hapuskan terus bau ini. Boleh ikut caranya dikongsi oleh NaufalAntezem.
Hapus bau busuk dan naturalkan bau dalam kereta
Jumpa pewangi kereta ini kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan.
Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ini buat kerja ketika aircond dipasang full blast.
1. Pasang aircond paling maksimum.
2. Tutup rapat semua tingkap, pintu.
3. Tekan pin pada muncung spray ke bawah sampai bunyi ‘click’.
4. Spray keluar sendiri.
5. Tutup pintu kereta dan tunggu sampai spray habis.
6. Bila spray habis, tunggu 2-5 minit sebelum buka pintu.
- Kemudian, buka semua tingkap bagi pengudaraan elok sikit.
- Kalau ada kesan-kesan spray pada cermin, lap.
- Kalau ikut label, katanya untuk hapus dan naturalkan bau tak sedap dalam kenderaan termasuk asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, najis anak dan macam-macam lagi.
- Baunya lemon fresh, tak tajam. Segar.
Kalau tak jumpa di Mr. DIY, boleh cari di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Selamat mencuba!
Sumber: NaufalAntezem
Artikel berkait:
Hilangkan Kesan Gores Pada Kereta Dengan Kos Tak Sampai RM20. Cuba Dulu Sebelum Pergi Bengkel
DIY Baiki Cermin Kereta Yang Retak Sikit, Modal Cuma RM10
Cara Buat Nasi Dagang Terengganu, Versi Paling Mudah. Kena Guna Rempah Ini Baru Gulainya Sedap!
Nasi dagang memang ramai yang suka makan tapi tak tahu nak buat. Nampak macam susah saja nak tapi kalau ikut resipi Mozairina Mohd ini cara membuatnya taklah sukar.
Bahan memang nampak macam banyak tapi langkah untuk membuatnya ringkas saja. Bahan pun sebenarnya dah ada di dapur kita.
Katanya ini resipi ini dari ibunya yang berasal dari Dungun Terengganu dan ia versi paling mudah untuk dibuat. Menurut Mozairina, untuk buat nasi dagang ini yang penting adalah gulainya. Kena guna rempah dari Terengganu, barulah rasa nasi dagang yang ori.
TIP
- Gunakan rempah cap Bunga Rose untuk buat gulai, rempah dari Terengganu boleh beli di Shopee
- Gulai ikan ini boleh juga di makan dengan nasi kuning, pulut kuning atau cicah roti.
- Nak pastikan nasi dagang ini sedap kenalah 2-3 kali cuba. Jangan putus asa, buat sampai jadi kena dengan selera.
- Resipi ini untuk 10 orang makan
Cara buat gulai ikan tongkol
Bahan untuk ikan:
1 ekor ikan tongkol aya kurik- Kukus – letak 4 asam keping, garam.
Gula melaka- 2 kerek kecik
Cuka – untuk pejalkan ikan
Bahan lain:
Bawang merah yg besar 8 biji- blend
Bawang putih 4 ulas -blend
Lengkuas – 2,3 hiris – blend
Kunyit – 2,3 hiris – blend
Halia -1 ibu jari – blend
Cili kering yang siap dikisar -10 sudu besar ( lagi banyak lagi merah kuahnya)
Rempah kasar – kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang.
Rempah gulai cap Bunga Rose – 4 sudu besar
Kerisik – 11/2 besar
Santan pekat – 2 cawan
Air ikan
Cili padi hijau(ikut suka nak letak berapa)
Nissan/gula melaka 2 kerek kecik
Cara membuat
- Tumis rempah kasar.
- Tumis cili kering sampai pecah minyak
- Tumis bahan 1-5 (yang diblend sekali gus) sampai pecah minyak.
- Letak rempah bunga rose bersama kerisik sampai pecah minyak. Letak nissan/gula melaka.
- Letak air ikan yang dikukus tadi. Masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan tadi.
- Letak santan sampai kuah menggelegak.
- Masukkan ikan
- Masukkan cili api hijau.
- TIP: Kalau ada belimbing buluh, letak belimbing buluh lagi sedap.
Cara buat acar
Timun sebelah – potong memanjang
Carrot sebelah. – potong memanjang
Cili merah sebiji -hiris
Bawang merah sebiji. – hiris
- Gaulkan semua bahan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa
Cara buat nasi dagang
Langkah 1
- 4 cawan beras basmathi
- 1 cawan beras pulut – cuci dan direndam 1 malam, tos dan kukus 20 minit.
Langkah 2
- Angkat beras yang dikukus tadi.
- Masukkan 3 cawan santan cair (1 cawan pekat, tambah air 2 cawan untuk jadikan santan air).
- Masukkan garam 2 sudu kecil , gula 2 sudu sebatikan dalam santan cair tadi. Arungkan biar rata dan kukus semula selama 20 minit.
Langkah 3
- Angkat beras yang dikukus tadi.
- Masukkan 11/2 cawan santan pekat
- Masukkan1 sudu kecil garam
- Masukkan 1 sudu kecil gula
- Masukkan bawang merah 3 ulas dihiris
- Masukkan Halia 2 inci dihiris
- Masukkan Halba 1 sudu kecil.
- Langkah 3 ini terpulang nak kukus lagi atau tidak. Kalau nak tahan lama boleh kukus lagi 20 minit. Kalau nak terus makan, tak perlu kukus lagi.
- Nasi dah cantik dan sedap dah secukup rasa. Makan nasi sahaja tanpa kuah pun dah sedap.
Tip : kalau nak wangi, letak beberapa helai daun pandan dalam kukusan.
Siap! Nak lagi feel bungkus nasi dagang dalam daun pisang
Sumber: Mozairina Mohd
Klik SINI untuk beli rempah cap Bunga Rose di Shopee