Cara Buat Nasi Impit Homemade Tak Guna Plastik, Masak Guna Rice Cooker Jer

Share

 

Sepanjang bulan Syawal nanti, hidangan nasi impit memang selalu dimasak untuk menjamu tetamu. Makan dengan rendang, kuah lodeh, kuah kacang dan macam-macam lagi.

Tapi kalau nak sedia nasi impit dalam kuantiti yang banyak, lagi senang kalau kita buat sendiri ikut cara mak-mak kita dulu. Tak perlu guna plastik, lenyek pakai anak lesung atau cawan saja pun.

Tapi nak buat nasi impit homemade macam ni kena tau sukatan yang betul, kalau tidak nanti terlebih lembik atau kerasa pulak. Supaya menjadi perkongsian dari Norfadilah Ibrahim boleh dijadikan panduan.

Cara buat nasi impit homemade

1. Nisbah nasi impit yang digunakan;

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air

2. Kalau nak buat 2 cawan beras, guna 6 cawan air. Ngam-ngam dapat sedulang. Masak atas dapur biasa atau rice cooker.

3. Selepas masak, tumbuk atau lenyek nasi yang lembik dengan cawan.

4. Agak-agak nasi dah hancur tuang dalam dulang. Kemudian ratakan nasi impit.

5. Tutup bahagian atas nasik impit dengan plastik. Letak lesung batu di atasnya supaya nasi impit mampat dan keras elok.

6. Bila dah sejuk bolehlah dipotong. Insya-Allah elok kejadiannya.

Sumber: Norfadilah Ibrahim

Published by
VK