Antara hidangan utama hari raya yang selalu ada adalah nasi minyak, terutama di negeri Pantai Timur. Malah cuti hujung minggu kalau nak masak special pun ramai yang buat hidangan ini.
Sebab cara penyediaannya mudah. Ada ayam masak merah dan acar pun dah cukup. Tak guna beras basmathi pun boleh. Kalau nak cuba cara boleh ikut perkongsian Mizah Ngatiman. Selamat mencuba.
6 cawan beras
Rempah 3 beradik
Daun pandan – simpul
3sb Marjerin
1 cawan susu cair
1sb sanquick
1. Panaskan marjerin
2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan
3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan sanquick. Gaul rata. Air secukupnya ikut sukatan beras.
Masak seperti biasa
Tulang ayam
Santan pekat secukupnya
1sb serbuk kari daging
1sb serbuk kari ikan
jadikan pes
Bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada merah besar potong tengah
Daun kari
4sb kacang dhal -rebus empuk dahulu
1. Tumis daun kari
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
3. Tumis pes kari hingga pecah minyak
4. Masukkan,tulang ayam, lada besar, asam keping. Biarkan hingga ayam empuk
5.Masukkan dhal yang dah empuk
6.Masukkan sayur kacang panjang dan terung, Optional carrot dan kentang
7. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk
Siap
Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap
Bahan kisar:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai diketuk
Sedikit Nise/ gula Melaka
1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak
2. Masukkan, Nise, 2 sb sos cili, 1sb sos tiram. Gula dan garam secukup rasa
3. Gaulkan ayam goreng tadi
4. Siap.
Bahan bahan
Nenas dan timun – potong
Bawang dan cili merah besar dimayang
1sb sanquick
1sk gula pasir
Campur semua bahan, gaul rata. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Mizah Ngatiman