Bila tetamu nak datang ke rumah terutama waktu tengah hari, kita mula terfikir menu apa nak hidang. Kenalah hidang yang berat sikit sebab dah masuk waktu makan.
Kalau boleh yang ringkas, senang masak tapi sedap. Salah satu yang boleh kita buat adalah nasi tomato. Untuk hidangan nasi tomato yang ringkas ini boleh ikut cara Muhamad Muktamin Abdul Karim. Abang-abang style memang ringkas.
Cara buat nasi tomato mudah
Bahan-bahan:
– Beras basmathi/beras biasa
– Air secukupnya (masukkan 1 sukatan susu cair dalam bilangan sukatan air beras, contoh: 4 cawan air 1 cawan susu cair)
– Rempah – bunga cengkih,bunga lawang, pelaga (letak satu dua ketul saja sebabnya kita nak lebih rasa tomato tapi ada aroma beriyani, itu saja).
– 4 biji tomato – dipotong dadu kecil
– 1/2 tin tomato puri
– Minyak sapi/Ghee
– Bawang dihiris/dikisar
– Sedikit garam atau kiub ayam
Cara membuat:
Ads
1. Masukkan minyak sapi biar cair dan masukkan bawang, rempah tomato dan garam/ kiub ayam.
2. Tumis semua bahan sampai wangi dan sebati.
3. Masukkan beras, air dan susu cair gaul rata dan biarkan saja sampai masak.
4.Masak nasi ini guna dapur gas saja, jika nak guna periuk elekrik selepas tumis dalam periuk atas dapur gas dan masukkan air boleh terus masak guna periuk ini.
Ads
Cara buat ayam masak merah ringkas
Bahan-bahan
1 ekor ayam – potong dan gaul dengan kunyit dan garam, goreng
3 biji bawang besar -kisar
5 biji bawang putih -kisar
1 sudu serbuk/biji ketumbar -kisar
3 biji tomato dipotong dadu(kecil), nak lebih pun boleh
Cili kering kisar atau cili boh
Daun limau purut jika suka
Kiub ayam separuh kiub
5 sudu sos cili
Garam gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar & cili kisar sehingga pecah minyak (satu senduk besar atau lebih minyak/secukupnya)
Ads
2. Masukkan garam, gula dan kiub ayam, gaul sebati, masukkan ayam, tomato dan gaul rata.
3. Biarkan dalam beberapa minit dengan api perlahan sambil sesekali gaul ayam biar semua meresap. Siap
Boleh hidang dengan papadom dan juga acar jelatah, dah setel untuk jamu tetamu. Confirm kenyang.
Anak pokok jambu madu ini antara benih yang selalu kita beli untuk tanam di rumah. Selain sedap dan manis, pokok buah ini juga mudah hidup di persekitaran kediaman.
Tapi ada juga yang dah beli anak pokok dan tanam tapi tak juga berbuah walaupun dah bertahun tahun.
Bagi memastikan pokok jambu batu ini rajin keluarkan hasil kenalah buat penjagaan. Bagi pokok ini penjagaanya mudah saja, selain baja kena rajin cantas ranting dan juga buang daun.
Inilah yang dipraktikkan oleh Momoi Santos, bagi memastikan pokok jambu madu yang baru berusia setahun berbuah lebat.
Tip yang dikongsi;
-Bila kali pertama berbuah, cantas dan buang 50% daun-daun pada ranting supaya zat-zat lari ke buah.
-Kena rajin cantas ranting yang lesu dan buang daun-daun yang tak perlu pokok akan rajin keluarkan hasil. Setiap ranting boleh tinggalkan daun 3 helai di hujung ranting.
-Supaya pokok jambu madu subur guna baja organik saja seperti habuk rumput bakar, habuk kayu bakar, sekam padi bakar atau tinja kambing.
-Supaya buah yang dihasilkan tak buruk, apabila putih, janggutnya dah habis gugur terus balut buah jambu menggunakan plastik untuk mengelakkan serangan lalat buat. Cuma gunting sedikit bucu plastik supaya udara dapat masuk.
Kucai antara sayur yang berbaloi ditanam. Masuk dalam sayur goreng, mi, bihun, cucur dan macam macam lagi.
Bestnya nak tanam pokok kucaipun taklah susah. Kalau nak cepat dapat hasil boleh tanam gunakan ubinya. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip penanaman yang dikongsi oleh Yuziyana Yusop.
Tip tanam kucai
Benamkan ubi kucai dalam tanah hitam dan tinggalkan sedikit batang kucai dipermukaan tanah.
Siram dan letak di kawasan redup seminggu dua ,kemudian terus dedahkan matahari penuh. Kucai suka matahari penuh dari pagi sampai petang.
Siram 2 kali sehari dan letak baja organik sebulan 3 kali (baja kopi, baja soya, baja tahi ayam, tahi kambing).
Jangan sayang nak tuai
Seawal 3- 4 minggu lepas semai dah boleh mula kerat daunnya yg pertama.
Tanam kucai jangan takut atau sayang nak tuai. Lagi kerat lagi cepat gemuk dan daun makin lebar.
Musim panas daun lambat panjang, tuai 3-4 minggu sekali.
Musim hujan daun cepat panjang,jadi boleh tuai daun 2 minggu sekali.
Cara biakkan & gemukkan kucai
Letakkan kucai di tempat teduh jika nak kucai keluar banyak anak. Tapi kucai yang diletak teduh akan jadi halus.
Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/polibeg lain.
Kucai yang terdedah di tempat panas lebih gemuk tapi lambat sikit membiak.
Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daunnya halus saja. Alihkan semula ke tempat panas jika mahu kucai yang gemuk.
Pokok kari memang selalu digunakan dalam masakan, jadi ia antara yang selalu ditanam sekitar rumah.
Namun begitu antara masalah biasa pokok kari bila dah makin rimbun adalah daunnya mudah diserang masalah bintik hitam. Kadang-kadang habis semua daun dijangkiti penyakit ini.
Jika pokok kari yang ditanam mengalami masalah ini berikut antara cara yang boleh digunakan untuk merawat pokok berkenaan hasil perkongsian Facebook Berkebun D Rumah.
1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jika terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.
2. Selepas cantas, lakukan siraman seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan, kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.
3. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.
4. Selepas sebulan daun pokok akan semakin banyak, lakukan semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ia untuk elakkan kejadian sama berulang.
Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.