Makanan dari negara jiran Thai memang dah sebati dengan selera kita, termasuklah hidangan pad kra pao daging ini. Pad kra pao daging ini bukan saja enak tapi wangi kerana menggunakan daun selasih.
Bagi yang mahu menyediakannya sendiri di rumah, boleh gunakan resipi yang dikongsi Nur Haziqah yang mana dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri.
200gm daging cincang
Daun selasih secukupnya – cincang
1/2 biji bawang holland – hiris
3-4 ulas bawang putih – cincang
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
Gula secukupnya
Sedikit minyak masak
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.
3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.
Sumber: Nur Haziqah