Cara buat pasembur sesuai sangat untuk mereka yang menggemari hidangan hidangan rojak dari negeri Utara ini. Takkanlah nak ke Penang semata-mata untuk menikmati hidangan ini saja, tambah lagi waktu cuti sekolah ini. Dah tentu sesak.
Kalau teringin elok belajar buat sendiri pasembur ini. Paling penting kena tahu cara membuat kuahnya. Bahan-bahan untuk rojak memang boleh saja kita sediakan sendiri. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
Menariknya bila memasak sendiri kuah pasembur ini, kita boleh kurangkan manisnya atau tambah pedas ikut citarasa.
Cara buat kuah pasembur
Ads
Bahan-bahan
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
Cara membuat
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
Ads
2. Masak sampai hilang bau cili.
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
Ads
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Tiada tanah untuk bercucuk tanam bukan alasan, tanam tepi dinding pun boleh. Kalau nak seribu daya betul tak!
Inilah usaha Ain Motociclo yang baru belajar bercucuk tanam. Dia menggunakan kaedah nutripot yang dibuat sendiri dari botol terpakai yang kemudian dilekatkan pada dinding stor rumah.
Dari tepi dinding ini macam-macam sayur boleh ditanam. Bagi yang nak mencuba boleh ikut info yang dikongsi oleh Ain.
1. Terlebih dahulu semai biji benih sayur, yang ini sawi. Dah naik 3-4 daun barulah boleh dialih ke botol atau nutripot.
2. Untuk membuat botol nutripot boleh guna botol mineral terpakal 1500ml atau 1.5L. Botol ini dipotong 2 bahagian. Bahagian atas dibuat lubang sekelilingnya.
3. Setelah itu botol bahagian atas diletakkan dengan tali mop/kain dan diisi dengan sedikit tanah (tali bertujuan untuk menyerap air baja dari bahagian bawah). Tanah yang digunakan seperti gambar di bawah.
3. Bahagian bawah pula diletakkan air baja AB.
Baja AB yang digunakan
4. Botol yang dah siap bolehlah diletakkan anak benih sayur.
Ini anak benih sayur sawi yang baru dipindahkan dalam nutripot.
Memandangkan kediaman tiada ruang, botol ini dilekatkan di dinding stor. Boleh saja nak letak di bawah jika ada laman.
Ini kangkung yang ditanam kaedah sama. Dah selamat dituai
INFO
Cara penanaman nutripot ini dah tak perlu siram tapi bila semakin sayur membesar perlu selalu periksa airnya kerana air lebih cepat diserap.
Bahagian bawah botol disembur cat hitam untuk mengelakkan bahagian bawah berlumut.
Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agak sempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.
1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.
2. Buka dan pasang tapak kaki.
3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.
Kalau tanya pada kaum wanita apa kerja rumah yang paling malas nak buat dah tentu kebanyakkannya menjawab menguruskan kain baju terutama sekali bab melipat.
Tapi mahu tak mahu kena lakukan juga, kalau tidak bertimbun dan berserabutlah bilik atau rumah dengan pakaian.
Bagi yang mahu mengurangkan stress melipat kain mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Dr Hani Mynis ini. Pengurusan baju yang dipraktikkan memang tip top. Menggunakan konsep open wardrobe, kebanyakannya tak perlu dilipat tapi tetap kemas!
Tip pengurusan pakaian open wardrobe
Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg Hani paling malas nak buat ialah melipat baju. Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”.
Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.
Ini adalah tip pengurusan pakaian yang Hani praktikkan:
Kena buat spring cleaninguntuk baju yg banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju). Contohnya:
Baju yg dah tak muat boleh diberi orang
Baju yg koyak (yg kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit, bolehlah dibuang, sebab kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan).
Baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang.
Baju free atau baju promosi yg kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.
Gunakan rule ni! Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, ini lah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha
Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
1. Baju anak
Ini open wardrobe untuk baju anak, Aqil. Baju jalan, baju raya dan baju harian diasingkan.
2. Baju kurung/ baju raya /baju kerja disusun ikut warna
3. Tudung pun gantung ikut warna
4. Baju formal suami /baju raya/ baju melayu
Ini baju harian suami
5. Cara jemur baju dalam bilik
Ini bahagian untuk jemur baju, atas baju basah. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.
Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah.
Tip kalau nak jemur baju dalam rumah
Pakai pencuci baju yg sesuai utk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze utk jenis liquid.
Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin
Ada pengudaraan tambahan (on kipas)
Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus (jarak baju) – dalam gambar atas tu baju dah kering tapi tak transfer ke bhgn kanan lagi.
6. Tip ekstra
Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi nak pergi kerja.
Untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.
Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu.
Mana-mana pakaian yg lebih yg rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dlm bekas tertutup (utk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dlm tu.