Makan

Cara Buat Pasembur, Paling Penting Kuahnya

Share

Cara buat pasembur sesuai sangat untuk mereka yang menggemari hidangan hidangan rojak dari negeri Utara ini. Takkanlah nak ke Penang semata-mata untuk menikmati hidangan ini saja, tambah lagi waktu cuti sekolah ini. Dah tentu sesak.

Kalau teringin elok belajar buat sendiri pasembur ini. Paling penting kena tahu cara membuat kuahnya. Bahan-bahan untuk rojak memang boleh saja kita sediakan sendiri. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.

Menariknya bila memasak sendiri kuah pasembur ini, kita boleh kurangkan manisnya atau tambah pedas ikut citarasa.

Cara buat kuah pasembur

Bahan-bahan

2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa

Cara membuat

1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.

2. Masak sampai hilang bau cili.

3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.

4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.

 

Kredit resipi & foto: Roslina Shaari Ina Kie

Baca: Yong Tau Fu Buat Sendiri Lagi Jimat, Ini Cara Buat Kuahnya

Published by
VK