Perapan ayam ini cukup mudah membuatnya namun boleh menghasilkan ayam bakar yang sihat dan sedap. Sangat sesuai untuk mereka yang dalam usaha mengamalkan pemakanan sihat demi kesihatan.
Ataupun buat yang sudah bosan dengan hidangan ayam goreng, berminyak dan berlemak. Boleh juga gunakan perapan ini membuat ayam bakar yang enak. Lagi sedap jika menggunakan ayam bahagian peha.
Resipi perapan ayam sedap dan mudah
Bahan-bahan
1 bahagian peha ayam
1 sb serbuk pati ayam
1 sb garlic salt
1 sb onion powder
1 sb black pepper
1 sb white pepper
1 sb mix herbs
1 sb paprika
1 sb chili flakes
Bahan lain
Garam
Minyak zaitun
Ads
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati. Siap bahan perapan ayam!
2. Cara menggunakan, kelar ayam dan perap dengan garam secukupnya. Letak sedikit minyak zaitun dan masukkan satu sudu besar rempah perapan (untuk satu whole leg ayam).
Ads
3. Selepas ayam disapu dan digaul rata dengan bahan perapan, perap semalaman.
4. Kemudian boleh bakar menggunakan air fryer selama 30-40 minit pada suhu 180 darjah. Terbalikkan ayam pada separuh masa kedua.
Ads
Hidangkan bersama salad atau sayuran atau boleh dijadikan lauk juga. Lebihan bahan perapan boleh disimpan bekas bertutup di dalam peti sejuk.
Bagi yang selalu memasak, api dapur yang kecil akan menimbulkan masalah. Kerja memasak akan jadi lambat. Ini boleh menimbulkan stres kalau banyak kerja lain lagi naik buat.
Supaya tak berlarutan, kena cepat servis. Tapi tak payahlah sampai upah orang untuk buat. Kita boleh servis sendiri je kat rumah. Caranya ikut saja perkongsian Saiful Yusof.
Cara Servis Dapur Gas Kalau Api Dah Makin Kecil
Api dapur terlalu slow, nak masak pun jenuh nak tunggu masakan siap. Boleh buka & cuci lubang nozzle jet . Lubang tu lama-lama guba tersumbat dgn minyak. Spray WD-40 sikit pastu korek guna jarum halus sampai nampak semula lubang. Alang alang dah buka overhaul cleaning sekali.
Dah siap insya -Allah Api kembali besar & kuat seperti dapur baru. Teknik yang sama untuk semua jenis dapur gas.
1. Untuk dapur jenis macam ni, kena buka 6 biji skru pada bahagian tepi stove burner / tungku.
2. Alihkan stove burner baru nampak Nozzle jet.
3. Bersihkan lubang nozzle.
4. Boleh repair sekali cable fire starter yang dah cair. Balut cable tu guna aluminum tape saja.
5. Alang-alang buka paip gas ni sekali, sembur guna air compressor.
Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.
Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
1. Lihat tangkai
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.
2. Duri jarang dan besar
Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.
3. Pilihlah buah yang ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.
4. Jangan ambil durian yang dah retak kulit
Elak ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.
5. Ketuk dulu, dengar tak bunyi ‘bluk bluk’
Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.
6. Cuba goncang pulak
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.
Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.
7. Pilih yang ada 5 pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
8. Bulat banyak isi, lonjong lebih manis
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat biasanya isi sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.
9. Cium bau
Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.
Semoga durian yang kita pilih tidak mangkak atau yang tidak manis. Ok jom pergi beli!
Kalangan kaum wanita yang meminati dekorasi kediaman pokok hiasan Banana Plant, Fiddle Fig dan Monstera memang sedang jadi kegilaan
Tak dapat dinafikan kehadirannya mencantikkan ruang sebab itu ramai yang sanggup membelinya walaupun harganya mencecah lebih RM200 mengikut ketinggian.
Bagi yang berduit mungkin boleh beli tapi buat yang ada kekangan kewangan jangan risau ada cara untuk memilikinya.
Rupanya mungkin sedikit berbeza tapi pokok viral ini tetap boleh anda miliki dengan bajet serendah RM24. Ya betul!
Caranya dengan menghasilkannya sendiri menggunakan bahan-bahan yang lebih murah seperti dikongsi oleh Fadilah Ariffin ini.
Total kos RM24.30
Assalammualaikum. Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni. Tapi kali ni saya guna daun Monstera.
Total Kos RM24.30
Bahan-bahan
Daun ECO (1 paket ada 4pcs) 6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50. Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape bunga RM2.00 (ada 2 roll). Guna 1 roll je
Langkah demi langkah
1. Pertama, bengkok kan batang daun macam ni
2. Ikat batang daun pada rotan
3. Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah
4. Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat. Potong rumput ikut permukaan pasu.
5. Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.
6. SIAP
Macam mana? Senangkan, bolehlah buat untuk hias rumah sempena raya ni.
Minyak tumpah atas karpet memang akan meninggalkan kesan yang nyata serta melekit bula dipijak. Jika tidak dibersihkan, minyak akan terus melekat pada karpet menyebabkan bau dan tompokan pula.