Hidangan pizza memang jadi kegemaran ramai. Tapi nak beli selalu faham-fahamlah harganya.
Untuk lebih jimat jomlah buat sendiri. Tak perlu susah-susah uli doh untuk roti, kita guna cara ekspres. Guna roll up wrap saja. Hasilnya akan jadi macam piza kulit nipis dan boleh dapat 5 keping pizza.
Paling best, pizza simple dan ekspres ini hanya guna empat bahan saja. Cara membuat boleh ikut perkongsian Salsabila Hisham.
Pizza simple dan ekspres
Hasil pizza ini macam ala-la domino roti nipis tu. Cuma perlu empat bahan saja iaitu
Roti Wrap Gardenia
Sosej
Mozarella Cheese
Lada Benggala
Cara membuat
Ads
Letak roti wrap atas baking paper. Letak sos tomato nipis atas roti, kemudian susun sosej (boleh guna sosej Ayamas Cheese) yang dihiris nipis.
2. Kemudian tabur lada benggala yang dihiris memanjang (boleh guna lada benggala kuning, hijau atau merah).
3. Paling penting tabur mozarella cheese, boleh letak tebal jika suka. Pastikan guna jenis keju ini untuk efek keju tarik macam pizza biasa.
4. Seterusnya boleh bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Api atas dan bawah.
Ads
5. Pastikan roti tu agak garing baru angkat. Hasilnya boleh dapat 5 biji pizza. Boleh makan sampai puas.
Ramai yang tak perasan bahawa kad Touch ‘n Go yang kita guna saban hari itu ada expiry date atau tarikh luput.
Tempoh penggunaan untuk satu-satu kad Touch ‘n Go ini adalah selama 10 tahun dan tarikh luput ini boleh anda periksa di belakang kad.
Apa nak buat kalau kita tak perasan dan hanya tahu kad luput bila berada di depan palang tol. Mahu tak mahu kena minta bantuan petugas tol.
Situasi ini memang akan menyusahkan kita dan kereta di belakang. Sebelum kejadian ini berlaku, eloklah periksa kad Touch ‘n Go yang kita gunakan selama ini.
Apa nak buat kalau kad dah luput?
Kalau tiada baki, boleh beli kad baru harganya RM10. Namun jika kad yang dah luput masih ada baki yang banyak kita boleh memohon refund dari Touch ‘n Go.
Caranya boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan Touch ‘n Go di Nu Sentral atau Subang Jaya sekiranya anda berada di Kuala Lumpur atau Selangor.
Kita akan diminta mengisi borang untuk urusan pemulangan duit baki yang akan dimasukkan ke akaun bank atau Touch ‘n Go e-wallet. Proses ini mungkin mengambil masa lebih 30 hari.
Atau pun anda boleh juga layari laman web Touch ‘n Go di SINI untuk memohon refund secara online.
Anda boleh juga memohon bantuan untuk perkara ini daripada talian khidmat pelanggan Touch ‘n Go.
Hidangan sambal tumis tak kira sambal bilis, sotong, udang, ayam atau ikan memang kegemaran ramai.
Boleh kata setiap hari akan ada hidangan ini atas meja. Ada sambal ini baru puas makan.
Tapi tak semua yang mahir buat sambal tumis yang sedap. Ini tip yang boleh kita praktik yang dikongsi oleh Dya Mira.
Cara masak sambal sedap
1. Cili kering yang hendak digunakan digunting, buang biji dan direbus dulu. Tos.
2. Basuh cili direbus tadi sampai bersih dan kisar dengan 2 biji bawang besar.
3. Tumis cili sampai naik minyak atau pecah minyak.
4. Letak asam keping atau asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kena cukup rasa tau asam, gula, garam. Baru sedap.
5. Petua untuk sambal bilis sedap – kisar bawang besar dalam 3-4 biji kemudian tapis untuk asingkan air bawang. Tumis bawang yang ditapis tadi sampai kekuningan baru masukkan cili kisar. Rasa sambal akan lebih sedap manis-manis.
Kehadiran semut di kediaman memang biasa, tapi bila ada banyak sangat ia mungkin menyebabkan masalah. Terutama di dapur, semua akan hurung makanan, masuk dalam lauk dan air atau kita dan anak digigit semut.
Takkanlah asyik nak guna racun penyembur kan. Tak elok juga apatah lagi kat dapur. Sebagai alternatif kita boleh gunakan kaedah semula jadi ini. Kebanyakkan bahan ini ada saja di rumah kita.
1. Sembur guna air cuka
Cuka mempunyai bau yang sangat kuat dan kandungannya berasid. Ini tidak digemari oleh semut. Apa yang perlu dilakukan larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong.
Kemudian semburkan kepada bahagian laluan dan tempat semut memasuki rumah anda. Ulang semburan untuk beberapa kali. Dalam masa beberapa hari anda akna lihat semut-semut sudah hilang.
2. Letak serbuk kopi
Serbuk kopi juga mempunyai bau yang kuat dan boleh menghalau semut. Caranya ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut. Biarkan untuk beberapa hari. Dengan aroma kuat kopi itu, semut-semut menjauhi rumah.
3. Guna daun sirih atau daun pandan
Caranya cincangkan atau carikkan beberapa helai daun sirih atau pandan, taburkan di tempat semut berkerumun. Semut tidak akan datang lagi kerana daun ini yang wangi tak disukai semut.
4.Sembur air lada
Kalau nak buat cili kisar di rumah, simpan air rendaman lada kering. Letak dalam botol penyembur dan sembur pada laluan semut. Nak lagi mudah, selit saja cili kering di tempat yang bersemut contohnya tempat letak stok barang makanan.
5. Kulit limau atau oren
Aroma daripada kulit limau dan oren ini tidak digemari oleh semut. Begitu juga serangga lain. Letak saja hirisan kulit limau ini pada di tempat-tempat yang ada semut. Selain itu baunya juga menyegarkan rumah.