Popia carbonara ini antara kuih enak yang boleh kita hidangkan untuk iftar atau pun moreh. Ia juga boleh kita buat sendiri dan disejuk beku, bila nak makan goreng saja.

Cara ini lebih jimat kerana harga kuih ini pun agak mahal, lebih kurang RM1 satu ketul. Dah tentu kita tak beli banyak.

Supaya puas makan, lebih baik buat sendiri. Agar dapat hasilkan popia carbonara yang elok cantik, tak meletup dan terburai bila digoreng boleh ikut perkongsian dari Ida Zaida ini.

Popia carbonara cantik, tak meletup bila digoreng

Popia Carbonara Yang Sedap, Tak Meletup & Terburai Bila Goreng. Buat Ikut Cara Ini

Bahan-bahan inti

1 tin cendawan
1 cawan hirisan ayam
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1/2 batang lobak merah
Garam, gula, perasa
1 botol sos Prego carbonara/2 tin sos Prego
1 sudu makan minyak masak

Kulit popia (jenama KG)
Bancuhan tepung gandum & sedikit air supaya kulit popia melekat tidak terburai.

Ads

Popia Carbonara Yang Sedap, Tak Meletup & Terburai Bila Goreng. Buat Ikut Cara Ini

Cara membuat

1. Potong dadu semua bahan ini.

2. Tumis bawang putih,bawang merah dengan minyak masak.

3. Seterusnya masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan,lobak merah. Kacau rata.

Ads

4. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa. Masak sampai pekat.

5. Bila sudah masak sejukkan dalam peti ais kemudian barulah digulung.

Popia Carbonara Yang Sedap, Tak Meletup & Terburai Bila Goreng. Buat Ikut Cara Ini

6. Ambil sehelai kulit popia letakkan inti tapi jangan banyak sangat supaya kulit popia tak basah.

Ads

7. Lipat dan gulung, letak bancuhan tepung gandum dan air hujung popia supaya melekat.

8. Untuk menggoreng, guna minyak yang banyak dan panas tapi api mesti perlahan supaya cantik bila digoreng.

INFO: Inti popia boleh ikut cita rasa dan bajet boleh juga guna gunakan sosej, isi ayam dan lobak saja.

Selamat mencuba

Sumber : Ida Zaida

Baca Lagi: Begini Cara Buat Pasta Carbonara ‘5 Bintang’ Di Rumah, Teknik Pekatkan Kuah Bukan Guna Tepung Jagung

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI