Popia carbonara ini antara hidangan petang yang sedap. Kalau beli harganya antara 50 sen atau RM1 satu ketul. Agak mahal dan dah tentu kita tak beli banyak.
Supaya puas makan, dan jimat lebih baik buat sendiri. Agar dapat hasilkan popia carbonara yang elok cantik, tak meletup dan terburai bila digoreng boleh ikut perkongsian dari Ida Zaida
ini.Popia carbonara cantik elok, tak meletup, flawless pula tu. Ini resipinya;
Bahan-bahan inti
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan hirisan ayam
1/2 batang lobak merah
1 botol sos Prego carbonara/2 tin sos Prego
Garam, gula, perasa
1 sudu makan minyak masak
Kulit popia (jenama KG)
Bancuhan tepung gandum & sedikit air supaya kulit popia melekat tidak terburai.
Cara membuat
1. Potong dadu semua bahan ini.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dengan minyak masak.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan,lobak merah. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa. Masak sampai pekat.
5. Bila sudah masak sejukkan dalam peti ais kemudian barulah digulung.
6. Ambil sehelai kulit popia letakkan inti tapi jangan banyak sangat supaya kulit popia tak basah.
7. Lipat dan gulung, letak bancuhan tepung gandum dan air hujung popia supaya melekat.
8. Untuk menggoreng, guna minyak yang banyak dan panas tapi api mesti perlahan supaya cantik bila digoreng.
INFO: Inti popia boleh ikut cita rasa dan bajet boleh juga guna gunakan sosej, isi ayam dan lobak saja.
Selamat mencuba
Sumber : Ida Zaida