Cara Buat Prosperity Burger Homemade. Sedap & Pedas, Boleh Letak Sos Lada Hitam Banyak Mana Suka

Share

Sejak minggu lalu restoren makanan segera popular Mc Donald dah mula menjual burger prosperity. Saban tahun, kita memang menunggu burger ini. Memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas.

Seperti yang kita tahu masyarakat Malaysia juga kreatif mengolah sampai prosperity burger ini pun boleh dibuat sendiri. Homemade! Rasanya prosperity burger homemade ini pun boleh tahan sedap juga.Resipi prosperity burger homemade antaranya dikongsi oleh Mohd Faiz Fitri Iberahim.

Cara buat Prosperity Burger Homemade

Bahan-bahan:

Roti hot dog
Daging kisar
1/2 biji bawang besar- potong dapur
Bawang holland – hiris nipis
2 sudu tepung gandum
1 gelas air
Lada hitam serbuk + tumbuk
2 sudu besar mentega
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

Roti hot dog yang digunakan
Cara buat daging burger:

1.Uli daging cincang daging kisar Ramly dan bentuk seperti roti hot dog.

2. Kemudian goreng daging yang dah dibentuk, sambil goreng cucuk dengan garfu supaya masak di dalam. Ketepikan.

Info: Untuk rasa daging yang juicy selain goreng, daging burger tadi boleh juga dikukus.

Cara buat sos lada hitam

1.Panaskan mentega masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi keemasan.

2.Masukkan air segelas dan kacau.

3.Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mana yang diingini.

Penyediaan

1.Sapu mentega pada roti dan panaskan atas kuali seketika.

2.Ambil daging yang siap digoreng dan celupkan dalam kuah lada hitam.
Letak atas roti dan tabur dengan hirisan bawang Holland. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Faiz Fitri Iberahim

Published by
VK