Lauk pucuk ubi sambal kering ini memang jarang dihidangkan ketika ini malah tak ramai juga tahu cara membuatnya.
Jadi elok kalau kita belajar cara memasak menu tradisi yang enak ini. Lagi pun untuk mendapat pucuk ubi garing dan tak liat waktu dimakan ada rahsianya.
Dikongsi oleh Yasmin Dayanti Fami katanya untuk mendapat tekstur yang garing ini pucuk ubi perlukan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal.
Cara masak pucuk ubi sambal kering
Ads
Bahan-bahan
Pucuk ubi secukupnya – cuci dan ditos
Cili kering – direbus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Segengam Ikan bilis
Minyak untuk masak
Cara membuat
1) Panaskan minyak dan goreng dulu pucuk ubi yang sudah tos kering. Dah agak garing, angkat.
Ads
2) Kisar kering semua bahan cili kering, bawang besar, bawang putih & ikan bilis.
3) Masukkan dalam kuali bahan yang sudah dikisar. Masukkan sikit air supaya sambal tak terlalu kering, ada rasa-rasa basah sikit. Tumis cili hingga betul betul masak.
Ads
4) Masukkan garam, gula dan cuka. Kalau tak nak guna cuka, boleh gunakan sikit asam jawa. Gaul sampai rasa sebati.
5) Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Kacau rata sampai semua pucuk ubi terkena dengan sambal.
Hampir setiap hari kita guna minyak untuk memasak dan biasanya selepas sekali atau dua kali guna minyak terpakai ini kita buang saja.
Kalau rajin simpan kita boleh juga jual minyak ini. Tapi selain daripada buang dan jual semula, lebihan minyak ini juga boleh kita gunakan kembali untuk buat sabun.
Ya memang boleh buat sabun dari lebihan minyak terpakai ini. Caranya dikongsi oleh Suhaili Baharudin.
Lebihan minyak menggoreng jangan buang, boleh buat sabun basuh pinggan
Minyak lebihan menggoreng memang Kak Eli tak buang. Kumpulkan dalam satu bekas dan bila rajin datang buat lah sabun basuh pinggan.
Untuk makluman, sabun yang sebenar sabun adalah diperbuat dari minyak. Buih tu nanti pun datangnya dari minyak. Zaman dulu-dulu mana lah ada bahan-bahan sintetik macam sekarang untuk jadikan sabun kan?
Jadi inilah caranya. Dengan minyak, kita boleh proses jadikan sabun badan, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, sabun minyak zaitun untuk kulit sensitif. Yang penting ia semulajadi dan alami. Jadi Kak Eli tunjukkan cara buat sabun basuh pinggan. Semudah abc.
Nota: Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses kimia yang perlu dilalui.
Langkah demi langkah buat sabun basuh pinggan
1. Minyak goreng yang terkumpul Kak Eli tapis dan timbang. Lebih dari sekilo rupanya. Ini adalah lebihan minyak goreng ikan, ayam, ikan bilis, ikan masin, keropok u name it. Hahaha. Jangan dibuang please. Jom buat sabun.
2. Masukkan bancuhan. Oh untuk proses jadikan sabun mesti ada resepinya, mesti faham proses-prosesnya, mesti tahu keselamatan dan tertibnya (sebab tu kena belajar). Tidak boleh sembrono bancuh. Tapi kalau dah tahu, senang saja rupanya.
3. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak terpakai memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn’t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.
4. Sebati sebegini bermakna semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.
5. Dengan konsep jangan membazir kita gunakan saja perkakas atau bekas yang ada didapur. Tupperware, tipuware, bekas doorgift kenduri kahwin apa saja.
6. Sudah Siap! Tunggu kering dan nanti boleh guna untuk sabun basuh pinggan. Warna sabun kita ni akan bertukar cerah don’t worry. Mudah kan?
7. Maka dengan itu siaplah sabun basuh pinggan natural kita. Minyak dan lye tadi dah tak wujud dah. Yang tinggal cuma seketul sabun asli dari bahan semulajadi.
Ni buat banyak sekaligus ni nanti boleh bagi pakcik Baha, mak mertua, adik beradik, ipar duai hahahah. Tak payah beli sabun basuh pinggan dan. Kita pun tak membazir.
Nampak buihnya? Buih yang datang dari minyak jadi tidak akan merosakkan dan mengeringkan kulit. Boleh mencuci kerak dan karat periuk belanga dengan mudah. Jangan terkejut kalau periuk kita bertukar baru semula.
Lepas ni boleh join kelas buat sabun yang banyak ditawarkann. Kak Eli juga salah seorang daripada yang menganjurkan kelas ini.
Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Kreatif betul idea dari Nyma Talip ni, dari sarang telur pun boleh jadi kerusi. Apa lagi boleh la cuba buat.
Waktu PKP ini kita pun memang banyak beli telur, jadi sarangnya jangan buang boleh buat kerusi tambahan untuk ruang tamu. Cara buat pun senang. Cantik pun cantik.
Langkah 1 – Susun sarang telur bertingkat, ikat dengan kuat supaya padat
Langkah 2- alas bahagian atas dengan kepingan kotak yang dipotong ikut saiz
Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.