Puding karamel ini memang ramai peminatnya, manis berlemak dan makan pula selepas disejukkan, memang nikmat.
Tapi ada juga yang nak makan tapi alah dengan telur atau tak suka dengan baunya. Bagi yang begini boleh buat puding karamel tanpa gunakan telur.
Lagi menarik, cara ini juga tak memerlukan kita kukus, jadi tak perlu susah-susah keluarkan periuk belanga. Jika nak cuba boleh ikut perkongsian Nordiana Ab Kadil.
Cara buat puding karamel tanpa telur, tanpa kukus
Puding karamel tanpa telur dan tak perlu kukus. Sesuai untuk yang alergi telur dan sesuai yang tiada pengukus. Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi…
Bahan puding:
1 paket serbuk agar yang jernih (10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
Sedikit esen vanila
Bahan karamel:
3 sudu gula pasir
2 sudu air
Ads
Cara membuat :
1. Untuk buat karamel masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil. Gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air. Kacau sebati.
2. Kemudian karamel yang siap ini masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.
Ads
3. Untuk buat puding, satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.
4. Kemudian panaskan di atas api yang besar, masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.
5. Biarkan puding suam sebentar, kemudian barulah masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
Ads
6. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam.
7. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong. Sedia untuk dihidangkan.
Tip: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat.
Musim cuaca panas bahang ni memang syok sangat kalau dapat makan aiskrim. Lagi best kalau dapat makan banyak tanpa had.
Tapi kalau nak macam ni kenalah buat sendiri kan supaya jimat terutama kalau ada anak-anak. Bukan itu saja aiskrim homemade ini dah tentu lebih sihat. Kebersihan terjamin dan kita boleh kawal sendiri kadar gula dan bahan yang digunakan.
Cara nak buat aiskrim homade ni pun bukannya susah. Boleh ikut cara Miera Irayz Nordin ini.
Aiskrim homemade sihat
Anak- suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confim mengamuk nak aiskrim. Pening kepala mak pak nak kontrol.
Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yg sihat. Yg penting air tangan ibu yg penuh kasih sayang.
Bahan-bahan
1 cawan 1/2 susu segar
1 cawan susu cair
Segenggam badam
Segengam kismis
Sedikit susu pekat( tak letak pun tak mengapa)
Perisa ikut suka. Mama D letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pun boleh.
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
Cara membuat:
1) Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan.
2) Badam disangai atau beli yg siap sedia dimakan, kemudian kisar hancur.
3) Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yg sudah ditapis air rendaman tadi. Kisar sekejap.
4) Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam pengisar ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit dan boleh dimasukkan badam yang siap dikisar hancur.
Meski pun perkongsian ini bukanlah berasaskan kajian namun kebanyakan mangsa banjir baru-baru ini turut berkongsi tanda-tanda yang sama sebelum bah besar melanda.
Jadi info perkongsian Ommar Abdul Aziz ini boleh juga kita jadikan panduan supaya kita bersedia untuk menyelamatkan diri dan harta agar tidak berlaku kejadian tak diingini pada masa depan.
Tanda kawasan rumah kita bakal dilanda banjir besar
Dulu ada orang share pasal benda ni tapi aku lalai.
Tanda-tanda tempat korang bakal banjir teruk
1. Air naik walaupun hujan dah berhenti.
2. Mula mula air jernih. Masa ni kita akan terpesona. Macam ada anak sungai depan rumah. Seronok budak-budak main air.
3. Beberapa jam selepas itu, air akan mula keruh. Ini tanda yang patutnya kita bersiap sedia untuk berpindah.
4. Air jadi kuning, berkeladak dan bersampah. Ini tanda kita patut segera keluar dari kawasan tersebut (Aku terlambat sebab no. 6).
5. Bergantung pada tempat, ada tempat 1 jam naik seinci, ada yang naik sekaki terus.
6. Paling penting abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. Jika tidak akhirnya terpaksa pihak JPAM menyelamatkan anda.
Tip ekstra
Sebelum keluar dari rumah untuk selamatkan diri, kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar.
Sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yg ditinggalkan. Parking ditempat yang tinggi.
Semoga kita dapat bertindak lebih awal pada masa akan untuk mengelakkan diri daripada terperangkap.
Kipas meja atau kipas stand ini memang ada di setiap rumah malah setiap bilik di kediaman, maklumlah cuaca kita kan selalu panas.
Tapi masalahnya kipas ini cepat kumpul habuk terutama pada jaring dan bilah. Nak bersihkan pula leceh, kena buka jaring penutup dan bilah barulah boleh cuci. Ini juga antara sebab kipas ini kita pandang sepi saja walau dah kotor atau tebal habuknya.
Sebenarnya ada teknik yang boleh digunakan untuk bersihkan kipas ini tanpa perlu buka jaring penutup dan bilah kipas. Lagi mudah macam ni kan. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eidiliz melalui akaun TikTok miliknya.
Cara bersih kipas tanpa buka jaring
1. Sediakan empat bahan ini;
-Setengah gelas cuka -setengah gelas air -2 sudu pencuci pinggan -3 sudu baking soda
2. Bancuh semua bahan dengan air dan masukkan dalam botol penyembur.
3. Kemudian sembur pada jaring dan bilah kipas yang berhabuk, pastikan terkena pada semua bahagian jaring dan bilah.
4. Ambil plastik, bungkus kepala kipas dan ikat.
5. Pasang kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dan biarkan ia berputar dalam 5 minit.
6. Selepas 5 minit buka plastik dan kita akan dapati jaring dan bilah dah bersih. Habuk tebal yang melekat akan tanggal dan jatuh dalam plastik.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.