Makan

Cara Buat Rendang Ayam Basah, Sedap Cicah Dengan Roti Jala, Pulut Atau Lempeng

Share

Rendang ayam basah atau yang banyak kuah ramai penggemarnya. Rendang begini  sesuai sangat kalau suka menyicah.

Selain makan dengan nasi, rendang ayam basah ini boleh cicah dengan roti jala, pulut kuning atau paling senang lempeng saja. Cara membuatnya dikongsi oleh Noor Ali.

Cara buat rendang ayam basah

Bahan-bahan

1 ekor ayam
4 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
1 sb serbuk kunyit*
1 genggam cili api*
2 senduk rata cili kering kisar *
5 batang serai (dititik)
3 sb ketumbar
2 sb jintan
2 sb serbuk kari ayam
1 cawan santan kotak
Air
4 sb kerisik
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam secukupnya
1 asam keping

Cara membuat:

1. Kisar ahan-bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga agak garing. Masukkan ketumbar, jintan,serbuk kari ayam.

2. Kacau sekata kemudian masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika hingga terbit airnya.

3. Masukkan santan dan air dan masaklah hingga likat.

4. Perlahankan api, biarkan seketika.

5. Seterusnya masukkan kerisik, daun kunyit, asam keping, garam. Sesuaikan rasa dan kacau hingga rendang masak.

Sumber: Noor Ali.

Published by
VK