Makan

Cara Buat Rendang Daging Yang Sedapnya ‘Terpelanting’. Buat Pun Mudah Guna 6 Bahan Saja

Share

Minggu depan waktu sambutan Aidildha dah tentu banyak menerima daging korban. Jadi elok standy siap-siap cara buat rendang daging yang enak ini.

Menggunakan enam, bahan rendang daging ini dijamin sedap ‘terpelanting’ menurut Auni Farhana yang berkongsi resipi ini. Selain itu ia juga mudah disediakan, termasuklah buat yang tak pandai memasak.

Cara buat rendang daging yang sedapnya ‘terpelanting’

Bahan-bahan

Daging potong kecik 500g
Perencah Rendang Adabi – 1 paket
Perencah Ayam Goreng Berempah Maggi – 1/2 paket
Santan Kara (200ml) – 1/2 kotak
Daun Kunyit – dihiris
Daun Limau purut

Cara membuat

1. Potong dan bersihan daging (tak perlu rebus).

2. Gaul daging tadi dengan perencah Adabi 1 paket & Maggi 1/2 paket dalam periuk biar sebati.

3. Buka api, tuang sedikit minyak sikit dan kacau seketika. Tutup periuk, biarkan air daging keluar sendiri.

3. Masukkan daun kunyit yang dah hiris halus, daun limau purut yang dah dicarik kasar. Kacau seketika.

4. Apabila air daging kering, tuang 1/2 kotak santan. Kacau kemudian tutup periuk, biarkan bahan sebati.

5. Tunggu sampai empuk daging, sambil dikacau sesekali. Kalau daging lambat empuk boleh tambah air panas sikit, dan tutup periuk.

6. Biasanya dalam 40 daging dah empuk dan boleh dimakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Auni Farhana

IKLAN