Duduk rumah relaks- relaks tiba-tiba teringin nak makan roti bakar kopitiam apa kata kita buat sendiri.
Jika ikut perkongsian Ziera Xiera ini roti bakar yang dihasilkan memang sebijik rupa dan rasanya macam dari kopitiam. Nak buat pun mudah 3 bahan saja, tapi syaratnya kena bakar ikut cara ini.Cara buat roti bakar ala kopitiam
Nak tukar sarung kusyen tapi corak yang ada kita tak berkenan. Kalau berkenan pula, saiznya pula tak sama. Ada saja masalahnya.
Sudahnya kita buat sendiri sajalah. Takde masalah pun kalau tiada mesin jahit sebab ada saja teknik yang boleh dilakukan untuk menghasilkan sarung kusyen tanpa jahit.
Macam yang dikongsi oleh Nurul Azira ini. Memang senang! Menurutnya dia membuatnya sendiri memandangkan sukar untuk mencari sarung kusyen jenis ini yang mengikut citarasanya.
Alternatifnya buat sendiri walaupun tanpa mesin jahit menggunakan kaedah gunting dan ikat!
Barang yang diperlukan
Kain jenis lycra
Gunting
Cara membuat:
1. Ini warna pilihan yang sukar dicari hingga memaksa ‘menDIY’ sarung kusyen. Terlebih dahulu lipat dua kain sebelum mengukur.
2. Ukur kain mengikut saiz sarung kusyen.
3. Gunting mengikut ukuran, pastikan bahagian hujung dilebihkan untuk proses ikatan.
4. Di bahagian hujung, buat jalur dan gunting.
5. Tutup kusyen dengan kain yang siap diukur tadi.
6. Sekarang proses mengikat. Ikat simpul, pastikan ikatannya kukuh.
7. Inilah rupanya kusyen yang dah siap diikat.
8. Inilah hasilnya. Dah siap sarung kusyen baru ikut citarasa.
Kaedah ini juga sesuai untuk buat sarung bantal hiasan sofa / throw cushion ataupun sarung tilam. Selamat mencuba!
Selalu makan sup rempah yang biasa, kali ini cuba kita tukar pulak selera kepada sup ala Thai. Macam yang kita selalu makan di restoran Thai.
Rasa sup Thai ini yang masam-masam pedas memang syok untuk hirup. Paling penting nak membuatnya juga mudah.
Boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Ahmad Shinoda, resipi sup ori Thai ya.
Step by step masak sup daging Thai, resipi original
1. Rebus daging 300g yang dah hiris (daging tetel, guna tulang pun boleh) bersama dengan 3 inci halia tumbuk, 3 hiris lengkuas, 2 akar pokok daun ketumbar, 1 biji bawang holland kecil. Letak juga sikit kayu manis & bunga lawang.
Jangan masukkan garam sebab nanti akan letak sos ikan yang dah masin (inilah yang buat sup rasa kick). Hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak ya.
2. Tumis bawang putih sampai kuning, masuk serai, bawang holland, cili padi, daun limau purut. Tumis sampai layu & wangi.
3. Masukkan tumisan tadi ke dalam sup bersama 1 biji tomato yang dibelah.
4. Masukkan sos ikan 3-4 sudu & jus limau nipis 2 biji.
5. Biar 2-3 minit, tutup api & taburkan daun ketumbar.
Cara buat ayam masak merah ini adalah mengikut resipi seorang pengusaha katering terkenal di daerah Perlis satu ketika dulu.
Oleh kerana keenakannya, ia masih diingati sehingga kini meskipun orangnya udahpun tiada. Sempat dipelajari oleh anaknya Yoi, beliau berkongsi cara membuatnya agar dapat dinikmati oleh orang ramai.
Cara buat ayam masak merah resipi pakcik katering lama
Bahan-bahan
2 ekor ayam -dipotong dan dibersihkan
2 senduk Cili Boh/Giling
1/2 tin Susu Cair
2 Sudu Makan Serbuk Cili Babas
1/2 Tin Panjang Tomato Puri
2 helai Daun Pandan
2 biji Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
5 biji Buah Pelaga
6 Sudu Besar Gula
1 Sudu Garam
2 Sudu Besar serbuk Cukup Rasa/Kiub Pati Ayam
1/2 cawan Cili Sos
Bahan kisar
2 batang Serai
3 inci Halia
1 Labu Bawang Holland
7 ulas Bawang Putih
Cara buat ayam masak merah
1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam serta digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.
3. Kemudian masukkan separuh bahan kisar dulu.Tumis hingga garing kemudian masukkan cili Serbuk dan cili boh. Masak hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan lebihan bahan kisar dan biar mendidih. Masukkan Gula, Tomato Puri dan Susu Cair. Tambah juga 2 gelas. Biar mendidih dan pecah minyak.
5. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng. Gaul rata dan biar mendidih hingga pecah minyak.
6. Masukkan cili sos dan garam. Seimbangkan rasa manis dan masin.
7. Akhir sekali boleh tabur bawang besar yang dipotong dan kacang peas jika suka. Siap.
INFO: Warna masakan ini bergantung kepada warna merah cili dan tomato puri. Hidangkan Bersama nasi tomato, acar jelatah dan dalca.
Kalau rumah ada laman dan suka bercucuk tanam boleh masukkan labu sebagai salah satu tanaman dalam kebun.Tanam sepokok dua pun dah mencukupi untuk makan...