Cara Buat Roti Paratha Homemade Yang Rangup. Nak Lagi Sedap Sapu Dengan Bahan Ini Sebelum Goreng

Share

Roti paratha segera antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Senang untuk hidang waktu sarapan atau petang. Tapi bila beli yang frozen ini, rasanya ‘kureng’ sikit berbanding yang kita buat sendiri.

Sebenarnya nak buat roti paratha ini senang saja pun, tak perlu beli yang segera pun. Rasanya memang lagi sedap dan paling penting rangup. Kalau makan dengan kuah kari tak cukup 3 keping. Jika rasa nak cuba buat sendiri boleh ikut perkongsian daripada Khadijah Jaafar.

Cara buat roti paratha homemade yang sedap dan rangup

Roti paratha homemade. Rasanya yang sedap & rangup, makan pulak dengan kari memang tak cukuplah 3 keping. Senang sahaja bahan-bahan dan nak buatnya. Cubalah!

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandun
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
150ml air
4 sudu besar minyak masak
Minyak/butter/ minyak sapi untuk goreng
Butter untuk sapuan

Cara membuat

1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.

2. Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.

3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.

4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.

5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Boleh dapat 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.

6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.

7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.

8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut cita rasa masing-masing.

9. Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.
10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.
11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari.

Selamat mencuba.

Sumber: Khadijah Jaafar.

 

Published by
VK