Kita memang biasa buat sambal belacan di rumah tapi bila makan di kedai Siam atau restoren Thai rasa sambalnya lebih sedap. Cukup rasa pedas, masam dan manisnya.
Cuma bila kita buat di rumah rasanya tak sama. Bagi yang suka sangat dengan sambal di kedai Siam boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi dikongsi oleh Afy Al Habibi.
Cara buat sambal belacan kedai Siam
Sediakan bahan-bahan di bawah:
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
Ads
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
Secubit dua ajino
Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat) TIP: Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.
Ads
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Ads
INFO: Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan, tak bakar macam sebelum ini.
Tak rugi berbudi pada tanah kerana hasil sayuran ditanam boleh dimakan sekaligus menjimatkan belanja dapur.
Selain sawi, pak choy, sayur kangkung juga menjadi pilihan untuk bercucuk tanam.
Tidak sukar untuk menanamnya kerana kangkung boleh hidup subur jika kena caranya.
Perkongsian oleh Encik Acan Ca dari pageBerkebun Di Rumah ini boleh kita praktikkan untuk mendapatkan hasil yang banyak dengan hanya menggunakan empat bahan saja.
1. Pastikan biji benih terendam pada paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam sampai tenggelam benih berkenaan.
Tabur biji benih pada kapas lembab.
2. Biarkan dan selepas 5 hingga 6 hari, semaian akan jadi begini.
Semaian lepas 5 hingga 6 hari.
3. Campurkan baja A+B dalam air, ikut umur pokok yang ditanam. Contoh 5 hari kena guna sukatan 500/600EC sukatan baja A+B. Manakala 15/20 hari pula sukatannya 800/1.0EC. Untuk sukatan baja A=B kena ada EC meter.
Sukatan guna EC meter.Cara sukatan baja A+B.
Info tambahan:
– Baja A+B boleh beli di Shopee. Biasanya jenis cecair, campurkan dalam air. Goncang dan kemudian tuangkan.
Baja A+B.
– Taburkan saja biji benih dalam penapis dan pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap dan bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.
– Kalau tak mahu letak tisu, tabur saja biji benih dalam penapis tetapi jangan banyak. Untuk elakkan daun terbantut, kecil dan tidak lebar. Apabila sudah bertunas, cepat-cepat dedahkan kepada cahaya matahari.
Boleh juga kalau tak mahu letak tisu.
– Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air waktu pagi dan petang sekali.
– Ketika semaian jangan kena sinaran matahari, kalau sudah keluar daun, boleh kena sinaran matahari selama setengah jam sudah memadai pada cahaya matahari pagi.
Selain beli baja, kumpul sisa dapur rupanya ada cara lagi senang untuk melebat buah dan pokok bunga.
Cuma guna serbuk perasa Ajinomoto. Kalau ada pokok bunga atau pokok buah yang malu-malu untuk berbuah boleh guna cara ini.
Menurut Sifudurian yang menggunakan kaedah ini hasil baja Ajinomoto, mangga yang sebelum ini segan nak berbuah kini dah mabuk berbunga.
Macam mana nak buat baja ini
Sukatan adalah 5 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air bagi pokok usia setahun.
Bagi pokok-pokok kecil seperti kari, pokok bunga dan yang berumur setahun ke bawah, 1-2 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air.
Sebaiknya guna air tanpa klorin seperti tadahan aircond, air hujan atau air paip yangdi biarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman adalah pada waktu petang sekitar jam 5-6pm keatas. Kekerapan siramanadalah 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
INFO
Antara khasiat MSG untuk tanaman adalah dapat menambah kesuburan pokok, daun lebih hijau, buah menjadi lebat dan berbuah besar.
Selain itu, kandungan unsur atrium pada MSG Ajinomoto mampu mempercepat pertumbuhan pokok, bunga, tingkatkan nutrisi tanaman serta tanaman lebih sihat dan menguatkan antibodi pokok.
Setiap rumah pastinya ada peralatan mesin basuh yang dianggap ‘teman baik’ kaum wanita dala memudahkan kerja mencuci pakaian.
Namun begitu, apabila kerap digunakan pastinya mesin basuh akan menjadi kotor dengan sisa kotoran ditinggalkan.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian oleh Khairul Abdullah boleh dijadikan panduan bagaimana mahu mencuci mesin basuh bagi memastikan pakaian dicuci bersih.
Menurutnya dia akan mencuci mesin basuh setiap 2 hingga 3 minggu sekali bagi memastikan pakaian jadi bersih dan wangi.
Tip Cuci Mesin Basuh Gerenti Bersih
Info Penting:
1. Setiap kali cuci air akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tidak dimasukkan sabun pencuci. Ini kerana setiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal di dalam mesin tu.
2.Jadi lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin cucilah mesin basun setiap minggu boleh cuci.
3.Boleh gunakan segala jenis pencuci khas di Shopee atau guna baking soda dengan cuka . Atau kalau ada gunakan clorox juga lagi bagus.
Cara Cucian:
Boleh digunakan untuk top loading atau front loading
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas, set air paling panas, dan biarlah berpusing-pusing tanpa kain baju didalamnya. Sesekali datang check tengok warna airnya dan jika sudah siap basuh buka penutup dan biarkan.
Gunakan jenama ini.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu pusingan lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan. Cukup dua pusingan, maka mesin basuh itu sudah dikira bersih.
Cuci bersih bahagian dalam.
3. Jangan biar ‘berkerak’ tempat letak sabun dan softener. Tray biasanya boleh cabut dan dikeluarkan. Cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci, maka cucilah.
Kena rajin sikit kalau mahu pakaian kita sentiasa bersih. Pastinya selepas ini basuh baju mesti wangi, bersih dan bermutu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...