Cara Buat Sambal Bilis Kering & Garing. Tip Kekal Rangup & Tahan Lama, Cili Dan Bilis Jangan…

Share

 

Sambal bilis ini kena ada di rumah. Senang, bila tak rajin nak masak boleh makan ikan bilis ini dengan nasi.

Bagusnya sambal jenis ini tahan lama, letak di luar boleh tahan sampai sebulan.

Sambal ini memang ada dijual tapi kalau buat sendiri lagi best, boleh ‘adjust’ rasanya ikut selera kita. Boleh tambah kacang atau tempe jika mahu.

Jika nak cuba boleh ikut resipi Aien Alaam

, sesuai dijadikan bekalan untuk travel. Nak guna untuk jual pun boleh pakai resipi yang sama.

Sambal bilis garing & kering macam yang jual di stesen minyak

Hari ini nak kongsi resipi sambal bilis garing/kering. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering yang jual kat stesen minyak tu tak? Ini resipi sambal bilis kering jika nak cuba, insyaallah sedap.

Boleh buat stok makan dengan nasi dan nak jual pun boleh. Boleh tambah tempe goreng atau tahu goreng kalau suka.

Bahan-bahan:

Cili kering -500g
Ikan bilis halus – 500g (digoreng garing jika suka)
Bawang goreng – 2 bungkus (jika suka, tak letak pun boleh)
Kiub ayam – 2 ketul
Gula halus – secukup rasa
Garam/serbuk perasa secukup rasa

Cara membuat:

1. Goreng cili kering dalam minyak panas, lebih kurang dalam 10 saat atau pun sehingga cili kering rangup. Jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. kemudian tumbuk/kisar kering cili yang telah digoreng. Ketepikan.

2. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Jangan sampai hangit (guna api paling kecil).

3. Masukkan cili kering kisar tadi, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

4. Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2 minit dan tutup api. Siap.

TIP

  • Jika basuh ikan bilis, pastikan jemur sampai kering.
  • Selepas basuh cili kering, jemur supaya betul-betul kering. Kalau basah cili tak akan ranggup. Cili & ikan bilis jangan basah!

Sumber: Aien Alaam

 

Published by
VK