alau buat nasik lemak sambal bilis yang sedap memang penting. Tapi tak ramai yang mahir buat sambal yang enak, selalunya golongan ibu-ibu kita yang berumur pandai menghasilkannya.

Pun begitu nak hasilkan sambal yang sedap bukanlah susah sebenarnya. Cikgu Zazo Mohammad berkongsi rahsianya yang diperoleh daripada sahabatnya.

Caranya hanya dengan menumis gula. Mudahkan! tapi rasanya…

Tumis gula dulu sebelum tumis bahan lain

“Masya-Allah… Sedap sungguh. 1st time buat sambal ikan bilis yg sedap ni. Tumis gula jadikan karamel sebelum tumis cili kering. Terima kasih la sahabat Salz Eimas tak kedekut beri resepi ni. Siapa-siapa yg suka sambal ikan bilis boleh cuba resepi ni.

IKLAN

1. Panaskan minyak kemudian masukkan gula sehingga ia larut menjadi karamel.

Cara Buat Sambal Bilis Yang Masya-Allah Sedapnya! Rahsianya Kena Tumis Gula Sampai…2. Kemudian tumis bahan yang dikisah iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. Masak hingga terbit minyak.

3. Selepas itu masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dipotong. Masukkan juga air asam, gulam baram dan air sehingga sama paras.

IKLAN

Cara Buat Sambal Bilis Yang Masya-Allah Sedapnya! Rahsianya Kena Tumis Gula Sampai…

4. Akhir sekali masukkan gula Melaka. Kecilkan api, tumis hingga keluar minyak barulah ditutup apinya.  

IKLAN

5. Cara yang sama boleh juga digunakan untuk memasak sambal lain seperti udang, sotong atau puyuh.

Cara Buat Sambal Bilis Yang Masya-Allah Sedapnya! Rahsianya Kena Tumis Gula Sampai…

Selamat mencuba!

 

Selain itu:  10 Fakta Menarik Tentang Orang Kidal. Katanya Pemalu, Betul Ke?
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI