Ramai yang suka buat sendiri hidangan nasi lemak terutama bila hujung minggu. Cuma yang selalu kurang bila buat sendiri adalah rasa sambalnya.
Selalu tak dapat yang sedap dan warna merah yang cantik terutama kalau baru-baru belajar masak sambal sendiri.
Supaya sambal nasi lemak kita menjadi sedap, dan cantik warnanya macam nasi lemak orang tua buat boleh ikut perkongsian daripada Norey Yusof. Resipi sambal nasi lemak yang dikongsi mendapat lebih 7 ribu tanda suka dan lebih 3k perkongsian. Nak lagi feel, katanya bungkus dalam daun pisang dan kertas surat khabar.
Rasa nak makan nasi lemak, kebetulan lauk kat peti kurang. Benda paling senang simple dan anak-anak suka. Kami pencinta nasi lemak…Ini resipi sambal untuk 6 orang.
Bahan-bahan
1 labu Bawang holand
5 ulas Bawang merah
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
6 sudu besar cili kisar
Cara membuat:
1. Blender semua bahan kecuali cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar 6 sudu besar.
3. Masukkan gula/ nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa. Masak lagi hingga pekat.
Selamat mencuba.
Sumber: Norey Yusof.