Makan

Cara Buat Sambal Taucu Ikan Bawal Yang Sedap

Share

Jika selalu masak taucu berkuah, kali ini cuba masak sambal taucu ikan. Lagi sedap kalau menggunakan ikan bawal. Cara membuat sambal taucu ikan bawal ini dikongsi oleh Nurul Ateekah.

Cara buat sambal tauchu ikan bawal

Bahan-bahan

2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kacang Tauchu (dibilas air biasa)
1 biji tomato (belah 4)
1 tangkia cili hijau (dibelah)
1 tangkai cili merah (dibelah)
3 ulas bawang putih (dihiris)
½ biji bawang besar(potong bulat )
1 batang serai (diketuk)
Serbuk perasa
Gula

Cara memasak

1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.

4. Masukkan kacang tauchu, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan sebati.

5. Masukkan gula dan serbuk perasa dan gaulkan.

6. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata.

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah

Published by
VK