Nak lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur saja pun dah cukup menyelerakan.
Jika nak hidangan ringkas ini lagi sedap, boleh ikut perkongsian dari Ameera. Menurut beliau sambal telur ini adalah resipi daripada penyanyi arwah Siti Sarah. Caranya sangat mudah tapi rasanya sedap sangat.
Cara buat sambal telur mudah tapi sedap sangat
Sambal telur (ini resipi arwah Siti Sarah). Cara membuat dan bahan bahan ada di setiap gambar. Mudah dan sangat sedap.
1. Tumbuk bahan-bahan ini;
Bawang merah besar 1 biji
Bawang merah kecil 3 biji
Bawang putih 4 ulas
Belacan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Boleh saja kalau nak letak lebih bawang. Belacan secukupnya.
3. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Waktu ini kita tengok, kalau cili terkurang letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.
Ads
4. Letak asam keping, supaya sambal ada rasa masam masam.
5. Kemudian masukkan gula kabong. Selalunya sambil memasak, arwah akan berdoa, yang elok kita ikut.
6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Jika pakai cili boh, kena letak sedikit air waktu ini. Jika guna cili kisar tak perlu dah sebab waktu blend dah letak air.
Ads
7. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan telur satu demi satu dalam kuali. Jangan kacau kacau telur, nanti pecah.
8. Tutup kuali dengan penutup supaya telur masak elok.
9. Kemudian masukkan bawang hiris.
Ads
10. Biar sampai masak begini.
Ok dah siap masak sambal telur. Makan dengan nasi panas panas, satu lauk ini saja dah cukup.
Kehadiran semut di kediaman memang biasa, tapi bila ada banyak sangat ia mungkin menyebabkan masalah. Terutama di dapur, semua akan hurung makanan, masuk dalam lauk dan air atau kita dan anak digigit semut.
Takkanlah asyik nak guna racun penyembur kan. Tak elok juga apatah lagi kat dapur. Sebagai alternatif kita boleh gunakan kaedah semula jadi ini. Kebanyakkan bahan ini ada saja di rumah kita.
1. Sembur guna air cuka
Cuka mempunyai bau yang sangat kuat dan kandungannya berasid. Ini tidak digemari oleh semut. Apa yang perlu dilakukan larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong.
Kemudian semburkan kepada bahagian laluan dan tempat semut memasuki rumah anda. Ulang semburan untuk beberapa kali. Dalam masa beberapa hari anda akna lihat semut-semut sudah hilang.
2. Letak serbuk kopi
Serbuk kopi juga mempunyai bau yang kuat dan boleh menghalau semut. Caranya ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut. Biarkan untuk beberapa hari. Dengan aroma kuat kopi itu, semut-semut menjauhi rumah.
3. Guna daun sirih atau daun pandan
Caranya cincangkan atau carikkan beberapa helai daun sirih atau pandan, taburkan di tempat semut berkerumun. Semut tidak akan datang lagi kerana daun ini yang wangi tak disukai semut.
4.Sembur air lada
Kalau nak buat cili kisar di rumah, simpan air rendaman lada kering. Letak dalam botol penyembur dan sembur pada laluan semut. Nak lagi mudah, selit saja cili kering di tempat yang bersemut contohnya tempat letak stok barang makanan.
5. Kulit limau atau oren
Aroma daripada kulit limau dan oren ini tidak digemari oleh semut. Begitu juga serangga lain. Letak saja hirisan kulit limau ini pada di tempat-tempat yang ada semut. Selain itu baunya juga menyegarkan rumah.
Bagi yang umur 40 tahun ke atas surat beranak korang mesti dah kuning, lusuh dan mungkin juga ada yang dah koyak sikit.
Memang boleh guna dan nampak lagi tulisan tangan dan info pada surat beranak tapi tak mustahil juga boleh koyak akibat dah terlalu lama. Surat beranak ini dokumen penting yang kena ada dan simpan sentiasa.
Jadi kalau dah uzur sangat keadaan surat beranak tu apa kata kita tukar saja kepada yang baru. Macam sijil beranak anak-anak kita sekarang.
Cara nak tukar surat beranak lama kepada baru ini boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara. Mudah dan panduannya ada dikongsi oleh Mawarni Sani.
Cara tukar surat beranak lama kepada baru di JPN
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saya share caranya;
✔️Bawa 1 salinan IC (original dah tentu kita bawak sentiasa)
✔️Surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)
✔️Bayar RM5 (bayar guna kad ya)
✔️Tunggu sekejap, dah siap!
Kita juga boleh print jugak untuk pasangan. Syaratnya
✔️Bawa surat nikah original & salinan
✔️1 salinan IC wakil yang nak print
✔️Bayar RM5 jugak.
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan. Setel hal surat beranak. Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak!
Dalam rumah selalu ada bahagian dinding yang banyak suis. Di situlah kotak loceng rumah, suis kipas, lampu, kotak elektrik atau Main Circuit Breaker (MCB) dan kadang-kadang situlah tempat kita gantung kunci.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci.
Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.