Nak lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur saja pun dah cukup menyelerakan.
Jika nak hidangan ringkas ini lagi sedap, boleh ikut perkongsian dari Ameera. Menurut beliau sambal telur ini adalah resipi daripada penyanyi arwah Siti Sarah. Caranya sangat mudah tapi rasanya sedap sangat.
Sambal telur (ini resipi arwah Siti Sarah). Cara membuat dan bahan bahan ada di setiap gambar. Mudah dan sangat sedap.
1. Tumbuk bahan-bahan ini;
Bawang merah besar 1 biji
Bawang merah kecil 3 biji
Bawang putih 4 ulas
Belacan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Boleh saja kalau nak letak lebih bawang. Belacan secukupnya.
3. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Waktu ini kita tengok, kalau cili terkurang letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.
4. Letak asam keping, supaya sambal ada rasa masam masam.
5. Kemudian masukkan gula kabong. Selalunya sambil memasak, arwah akan berdoa, yang elok kita ikut.
6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Jika pakai cili boh, kena letak sedikit air waktu ini. Jika guna cili kisar tak perlu dah sebab waktu blend dah letak air.
7. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan telur satu demi satu dalam kuali. Jangan kacau kacau telur, nanti pecah.
8. Tutup kuali dengan penutup supaya telur masak elok.
9. Kemudian masukkan bawang hiris.
10. Biar sampai masak begini.
Ok dah siap masak sambal telur. Makan dengan nasi panas panas, satu lauk ini saja dah cukup.
Selamat mencuba.
Sumber: Ameera.
Artikel berkait: Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Sunquick Ini
Klik sini untuk sertai telegram channel Vanilla Kismis