Ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.

Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.

Buat sendiri sambal tempe bilis & kacang

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang Yang Sedap, Pedas & Rangup. Ratah Pun Layan

Bahan-bahan

-6 peket tempe – hiris nipis, goreng betul-betul rangup.
-2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (jika lepas goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik)
-500g kacang tanah – cuci, tos, goreng

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang Yang Sedap, Pedas & Rangup. Ratah Pun Layan

Ads

Bahan untuk sambal:

-2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap
-3 biji bawang merah – kisar
-5 ulas bawang putih – kisar
-1 ketul gula kabung
-4 keping asam keping
-Garam secukupnya
-Minyak goreng tempe

Cara membuat

1. Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak.

2. Kena masak lama sampai cili garing.

Ads

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang Yang Sedap, Pedas & Rangup. Ratah Pun Layan

3. Bila dah garing, tutup api dan biar kejap.

4. Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata.

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang Yang Sedap, Pedas & Rangup. Ratah Pun Layan

Ads

5. Siap dah boleh makan. Jika nak simpan, letak dalam bekas kering.

TIP SAMBAL KEKAL RANGUP & TAHAN LAMA

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang Yang Sedap, Pedas & Rangup. Ratah Pun Layan

  • Pastikan sambal betul-betul garing supaya tempe kekal rangup selepas digaul.
  • Sambal ini boleh tahan hingga dua bulan jika sambal betul-betul kering.

Selamat mencuba.

Sumber: Sharinaz Redwan.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI