Sambal bilis ada macam-macam versi, ada sambal bilis cili padi, sambal bilis kering, sambal bilis rangup dan macam-macam lagi. Satu lagi sambal bilis yang boleh kita cuba adalah sambal tomato ikan bilis goreng.
Rasanya memang mantap, meratah pun sedap. Boleh makan dengan nasi, pulut, nak makan dengan lontong pun sedap. Nak cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad
Bahan digoreng:
1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
1 inci belacan
Minyak sikit untuk goreng
Bahan ditumbuk kasar:
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut cita rasa)
1 inci gula melaka
Ads
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan digoreng. Goreng hingga masak dan ketepikan
2. Keluarkan minyak, kemudian tumis bahan yang sudah ditumbuk kasar. Kacau rata minyak terbit minyak.
Ads
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan belaca yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan pula gula Melaka tadi, biarkan sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasa dan dan tambah apa yang patut jika kurang.
Ads
Siap, boleh makan dengan nasi panas bersama ulam, petai, pulut atau lontong. Memang terangkat.
Mesti ramai yang menanam sayur keliling rumah dan tak sabar untuk tuai hasilnya. Jika nak tanaman ini cepat berhasil pokok haruslah dibaja.
Malah pembajaannya pun perlu betul, bukan main letak saja barulah pokok subur. Berdasarkan pengalamannya menanam pokok bendi, bayam, pakchoy dan kailan Liyana Mohd Poad berkongsi cara pembajaan yang dilakukan hingga tanamannya cepat berhasil malah subur-subur belaka.
Ini jenis cara pembajaan yang dipraktikkan
Minggu 1-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 3-tinja kambing proses setengah sudu kecil.
Minggu 4-Baja kopi.
Minggu 5-Baja kopi.
Minggu 6-Baja Ikan.
Minggu 7-Baja Ikan.
Minggu 8 sampai akhir – baja ikan.
Info
Sebelum tanam anak pokok, gaulkan tanah dengan tinja ayam dulu. Biarkan selama dua hari atau 4-5 hari dahulu supaya tanah sebati dengan baja.
Kemudian barulah tanam anak pokok. Saya guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, tak perlu tunggu beberapa hari, boleh tanam terus, baja letak kemudian.
Sebaiknya tanam baja di dalam tanah untuk proses penyerapan yang cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Ramai yang berjaya tanam pokok tomato terutama tomato ceri, tapi tak sempat besar. Baru membesar tak sempat berbuah dah layu dan mati.
Ini kerana pokok tomato ini perlu penjagaan secara rutin barulah tanaman ini subur dan mengeluarkan hasil yang lewat.
Berpengalaman menanam pokok tomato sebelum ini MYsarah Mk berkongsi tip yang dilakukan termasuk petua jentik bunga untuk bantu pokok berbuah.
Ujarnya ini pokok yang ditanam sebelum ini dan bertahan hampir 9 bulan, serta mengeluarkan hampir 100 biji buah tomato ceri.
Pengalaman tanam pokok tomato, cara penjagaan & petua
1. Pokok tomato perlukan sokongan sebab batangnya lembut (contoh : ikat pada kayu pancang/pagar)
2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas (ini paling penting). Saya pernah cuba tanam dua kali sebelum ini tapi tanpa teduhan dan tak berapa menjadi.
3. Pendebungaan : Perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.
4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato cepat layu kalau panas & jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam & Ezigrow.
5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.
6. Buah perlu balut kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.
7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.