Cara Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Makan Dengan Nasi Panas Saja Pun Dah Sedap

Share

Sambal bilis ada macam-macam versi, ada sambal bilis cili padi, sambal bilis kering, sambal bilis rangup dan macam-macam lagi. Satu lagi sambal bilis yang boleh kita cuba adalah sambal tomato ikan bilis goreng.

Rasanya memang mantap, meratah pun sedap. Boleh makan dengan nasi, pulut, nak makan dengan lontong pun sedap. Nak cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad

Bahan digoreng:
1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
1 inci belacan
Minyak sikit untuk goreng

Bahan ditumbuk kasar:
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih

Bahan lain
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut cita rasa)
1 inci gula melaka

Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan digoreng. Goreng hingga masak dan ketepikan

2. Keluarkan minyak, kemudian tumis bahan yang sudah ditumbuk kasar. Kacau rata minyak terbit minyak.

3. Kemudian masukkan ikan bilis dan belaca yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan pula gula Melaka tadi, biarkan sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasa dan dan tambah apa yang patut jika kurang.

Siap, boleh makan dengan nasi panas bersama ulam, petai, pulut atau lontong. Memang terangkat.

Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

 

Published by
VK