Tengok sambal ini saja pun dah buat kita terliur. Nampak sedap dan sememangnya sambal totok Jawa sangat enak dimakan dengan nasi panas.
Letak pula petai isinya besar dan rangup, tak tergambar sedapnya. Buat sambal ini saja pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Gerenti bertambah nasi.
Cara membuat sambal totok ini juga mudah dan bagi yang teringin nak rasa boleh guna perkongsian dari Rafiza Ayu ini.
Sambal Totok Jawa dengan petai rangup. Tengok gambar saja mesti boleh buat. Awas! Boleh jadi ejen penambah nasi! Bahaya untuk diet anda.
Ikan bilis -digoreng
Petai
Cili merah
Cili padi hijau
Bawang merah
Belacan
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis. Ketepikan.
2. Kemudian goreng cili, bawang serta belacan.
3. Tumbuk lumat cili, belacan dan bawang. Kemudian masukkan ikan bilis goreng. Tumbuk sebati.
4. Akhir sekali, masukkan petai dan kacau rata. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Rafiza Ayu