Lauk sambal bilis saja pun tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah! Dapat pulak sambal tumbuk cili hijau macam ni memang makan tak toleh kiri kanan dah. Lawan dengan telur mata dan nasi panas dah cukup!
Ini juga lauk yang boleh kita buat kalau takde selera atau tak tahu nak masak apa. Cara buat sambal tumbuk cili hijau ini dikongsi oleh Sabariah Sisa.
Bahan dan cara buatnya ringkas tapi memang sedap.Bahan-bahan
Cili hijau (boleh guna cili padi hijau kalau nak pedas)
Ikan bilis
Bawang merah dan bawang putih
Belacan
Bawang besar dihiris (untuk menumis)
Cara membuat
1. Bersihkan dulu cili hijau. Potong supaya senang nak tumbuk nanti.
2. Tumbuk semua bahan kecuali bawang besar. Masa menumbuk tu boleh letak perasa, gula, garam. Jangan hancur sangat.
3. Kemudian masukkan cili hijau yang dipotong tadi. Letak sikit-sikit supaya senang nak tumbuk. Tumbuk sampai cili hijau tu habis.
4. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar. Bila bawang dah kekuningan, masukkan semua cili hijau yang ditumbuk tadi.
5. Kacau sampai masak. Kalau nak tambah perasa boleh, ikut cita rasa masing-masing.
6. Siap dah. Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah.