Kebanyakan kita memang boleh masak sambal. Cuma bezanya antara sedap dan tak sedap saja.

Ads

Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.

Kumpul tip dan petua buat sambal yang sedap

Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.

Ads

Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.

1. Sambal bilis

Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Sambal Bilis, Sotong, Udang Ada Petua Berbeza!
Foto dari Azie Kitchen
  • Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilik juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
  • Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
  • Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit

2. Sambal sotong

Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Sambal Bilis, Sotong, Udang Ada Petua Berbeza!
Foto www.umpan.my
  • Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
  • Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
  • Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.

3. Sambal udang

Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Sambal Bilis, Sotong, Udang Ada Petua Berbeza!

Ads
  • Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
    Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
  • Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
  • Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
  • Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
  • Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
  • Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…

4. Sambal telur

  • Masukkan sikit bilis sebagai perencah.

Ok dah boleh praktik cara buat sambal ni.

Sumber: Putra Bugis Temasek

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI