Cara Buat Serbuk Colek Ala Thai. Memang Padu Lawan Dengan Mempelam Atau Mangga Muda

Share

Bagi penggemar makanan masam dan colek, tengok gambar ini pun dah kecur air liur.

Jika selalu colek dengan sos atau kicap pedas, kita cuba pulak buat colek Thai perkongsian Are Peace.

Pedas manis dan rasa udang kering lawan dengan mempelam, mangga muda, epal hijau atau kedondong  fuh terbaik!

Serbuk colek ala Thai

Bahan-bahan

15 tangkai lada kering
3 inci belacan
1 cawan udang kering
2 cawan gula pasir

Cara membuat:

1. Sangai semua bahan kecuali gula.

2. Dah garing bahan tadi angkat dan sejukkan. Dah sejuk, kisar kering.

3. Kalau ikut resipi asal kisar sekali dengan gula tapi saya guna gula pasir yang halus jadi saya asingkan. Kemudian terus gaul dengan dengan bahan dikisar tadi.

Tip ekstra

  • Tambah garam kalau tak cukup masin
  • Boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yang lebih
  • Paling penting pastikan bahan-bahan sangai tadi sejuk dahulu baru kisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.

Sumber: Are Peace

Published by
VK