Dalam situasi PKP ramai ibu yang baru atau bakal bersalin kena melalui tempoh berpantang sendirian.
Bagi memudahkan penyediaan makanan dalam tempoh ini elok sekiranya sediakan siap-siap serunding halia ini. Kakak, mak mentua, atau ahli keluarga yang lain pun boleh tolong buatkan juga.
Caranya dikongsi oleh Azizah Salleh yang menyediakan hidangan ini dua orang anaknya yang bersalin.
Cara membuat;
1. 1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
2. Lada hitam – sangai dan kisar. Guna dalam 2 sudu sahaja.
3. Tiga labu bawang putih, buang kulit dan hiris nipis (jangan terlalu nipis). Goreng garing, sejukkan.
4. 300 gm ikan bilis. Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk, kisar kasar (guna blender kering).
5. Setelah siap semua bahan, satukan kesemuanya dalam mangkuk. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap.
Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Ini parut yang digunakan untuk halia.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Azizah Salleh