Mesti ramai yang rindu nak makan sizzling mee. Maklumlah hidangan ni biasa kita makan kat luar, di restoran atau di food court shopping mall.
Memandang sekarang nak makan luar pun susah, maka kalau dah teringin kita buat sajalah sendiri.
Dah tentu boleh, nak lagi real, beli pinggan sizzling yang macam kat kedai tu. Cara nak buat homemade sizzling mi boleh ikut perkongsian Lyzza Lyzza.
Bahan-bahan:
Yee Mee – yg sudah direbus
Bawang merah & bawang putih – hiris halus
Cili kering – potong dan rendam air panas
Cendawan – rendam biar kembang
Serbuk lada hitam
Lada Sulah
Kiub/serbuk ayam
Telur
Sayur
Ayam – potong kecil
4-5 sudu sos tiram
4-5 sudu kicap pekat
Tepung jagung
Air – 4 cawan
Cara membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kering.
2. Masukkan ayam dan biar ayam masak.
3. Tambah air 4 cawan utk kuah 4 orang. Kuantiti ikut cita rasa ya.
4. Masukkan mushroom, serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk perasa ayam.
5. Tambah sos tiram dan kicap pekat dlm anggaran 4 atau 5 sudu.
6. Masukkan tepung jagung yg dah ditambah air utk pekatkan kuah. Biar mendidih sekejap. Siap kuah!
7. Panaskan plate sizzling. Tambah sedikit minyak utk goreng telur terlebih dahulu utk elakkan telur melekat.
8. Masukkan mee yg dah direbus. Tambahkan kuah yg dah siap bersama sayur. Kalau tiada plate, goreng jer telur separuh masak letak dalam pinggan tabur sayur dan tuang kuah.
Dah siap sizzling mi. Boleh makan puas-puas satu famili.
Sumber: Lyzza Lyzza