Som som sagu ini memang sesuai sangat makan waktu berbuka. Teksturnya yang lembut manis dan berlemak senang saja lalu di tekak, dapat pula yang sejuk memang sedap sangat.
Nak mudah kerja letak som som sagu dalam bekas plastik. Supaya dapat efek lembut bergedik dan tak lembik boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.
Cara buat som som sagu lembut bergedik
Bahan sagu
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat
- Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
- Keluarkan pandan, masukkan sagu.
- Kacau hingga pekat (waktu ini sagu masih bermata ikan)
- Tuang sagu ke dalam bekas kecil
Kukus selama 15 in sehingga sagu jernih - Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air tapi jika tak mahu lembik boleh guna cara kukus ini.
Bahan kanji som som
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Satukan kesemua bahan di dalam periuk, kacau sebati.
- Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana
- Sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul-ketul
- Tuang adunan ke atas sagu dan sejukkan.
Bahan air gula
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka/ gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul
Cara membuat
- Satukan semua bahan, masak api sederhana hingga mendidih.
- Tapis dan sejukkan. Siap
- Tuang air gula yang sejuk di atas som som sagu, sedia dimakan.