Hidangan spageti terutama spageti bolognese memang selalu kita sajikan. Tak kira masa boleh makan dari pagi sampai ke malam. Jadi memang berbaloi sangat kalau standby sos bolognese frozen ini.
Senang bila nak makan ambil dan defrost saja. Nak lagi mudah boleh ikut cara yang dipraktikkan oleh Erni Abu Samah.
Jika ikut cara yang dikongsi oleh beliau, sos ini boleh buat untuk 5 kali makan dan tahan hingga 6 bulan. Malah menurut beliau rasanya lagi sedap dari sos segera.
Buat sendiri sos spageti frozen, tahan 6 bulan boleh 5 kali makan
Sementara ada mood kita buatlah sos speghetti frozen, standby untuk Ramadan. Biasanya bila dah hujung puasa, tak lalu dah nak makan nasi.
Masukkan dalam paket kecil dan simpan dalam freezer, sos oni boleh tahan 6 bulan. Saya buat 6 kilo dapat 5 kali makan. Rasanya lagi sedap berganda dari sos dalam botol.
Ads
Bahan-bahan
7 kg tomato merah -buang kulit, biji dan kisar
5 biji bawang besar -didadu
15 ulas bawang putih – dipecahkan dan didadu
3 – 4 sudu besar garam
2 sudu besar – gula
Origano, parsley, basil (serbuk kering) – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) ( letak 1/2 jam terakhir)
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak jagung, tumis bawang besar, bawang putih. Jangan garing, cukup layu saja.
Ads
2. Masukkan tomato yg dikisar halus.
3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.
4. Reneh atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.
5. Setengah jam terakhir masukkan cendawan yang dihiris.
Ads
6. Dah bila kuah dah sejuk masukkan dalam paket kecil sebelum simpan dalam freezer. Kuah spageti bolognese ini boleh tahan sehingga 6 bulan.
Cara penggunaan sos
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas dan perisakan ikut citarasa. Boleh juga tambah beefball. Boleh jadi sos lasagna atau piza.
Tip buang kulit tomato
Kelar kulit tomato kemudian celur dalam air menggelegak hingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti lembik. Nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.
Jeruk bawang putih ini enak sedap dimakan dengan mi goreng, hidangan sup atau bakar. Lebih dari itu jeruk bawang putih ini juga punya manfaat untuk tubuh bahan.
Kita pun maklum sejak dari dulu khasiat bawang putih diakui untuk perubatan dan kesihatan. Antaranya ia membantu mempertingkat sistem imun, mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Jika mahu lebih banyak khasiat, bawang putih ini bolehlah dimakan mentah namun jika ‘tak tertelan’ boleh juga cuba buat jeruk bawang putih. Rasanya lebih sedap dan boleh dimakan dengan hidangan lain.
Cara buat jeruk bawang putih boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Puan Zura Khalid. ini.
Buat sendiri jeruk bawang putih
Bahan-bahan:
Bawang putih (pilih yang ada warna ungu lebih berkhasiat)
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu teh garam pink
Cuka makan (kuantiti sampai bawang putih tenggelam)
Cara membuat:
Kupas bawang putih, basuh dan tos seketika.
3. Kemudian isi dalam balang. Campurkan bahan-bahan seperti cuka, garam dan gula. Gaul dan tutup.
4. Simpan selama lima hari. Tapi disebabkan saya tak sabar hari ke-4 dah buka dan terus makan.
Rasanya sedap, rangup dan rasa bawang putih tak sekuat macam kita makan mentah.
Masuk bulan Syawal makanya setiap hujung minggu kebanyakan kita akan mendapat jemputan rumah terbuka. Selain seronok dapat bersama keluarga ketika beraya, bab makan memang membuatkan kita rasa teruja bila ke open house ini.
Sebulan berpuasa, macam-macam makanan enak terhidang depan mata memang akan buat kita sukar menolaknya.
Inilah yang menjadi punca naik berat badan mendadak selepas puasa. Tapi jika kita ikut 5 prinsip makan ketika open house yang disaran oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri sepanjang Syawal ini jangan bimbang tubuh akan kekal langsing. Nak pergi open house seminggu tiga kali pun boleh.
1. Peraturan 5:2
Ini cara untuk beraya sebulan. Dalam seminggu, amalkan lima hari makan agak sihat dan dua hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang dikira merosakkan diet adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja.
Jadi Isnin hingga Jumaat amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.
2. 20 minit
Ingat bahawa kita akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.
Hidangan “seimbang” bermakna cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat dan sebagainya), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Kemudian barulah makan sedikit manisan.
3. Satu Rumah, Satu Hidangan
Ramai yang mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun kita makan antara lima hingga tujuh kali. Oleh itu untuk satu rumah yang diziarahi hanya makan satu hidangan dengan ‘gap’ mungkin dua hingga tiga jam diantara setiap rumah terbuka.
4. Fokus pada kalori makanan
Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda mahu kurangkan pengambilan kalori, makanlah tapi elak kalori daripada air. Maknanya jangan minum air manis.
5. Jangan tak beraya pulak!
Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Tapi ia perlu seimbang dan tidak berlebihan.
Tengok puding ni pun kita tahu sedap. Bukan anak saja yang teruja nak makan, yang dewasa pun sama.
Puding tutti fruity perkongsian Noor Faezah ini ada tiga filling kiwi, blueberry dan mangga. Selain rupanya yang lawa, warna warni rasanya pun sedap. Sesuai dimakan waktu panas merelit macam sekarang ini.
Bagi yang nak cuba, berikut dikongsi cara membuatnya. Untuk satu adunan ini hasilnya dalam 25-30 bekas.
Cara buat puding tutti fruity
Bahan-bahan
• 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
• 1 tin susu cair*
• 3 tin air*
• 1 tin susu full cream*
• 1 tin susu pekat*
• 2 sudu tepung kastard*
• 1 sudu essen vanila*
• 1 cawan gula pasir* (jika suka manis)
• Filling kiwi, blueberry & mangga (boleh beli dekat kedai bahan kek)
Cara membuatnya:
1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Cara lorek atau calit boleh rujuk gambar. Calit lebih sikit supaya ada rasa buah.
2. Masukkan semua bahan bertanda (*), masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
3. Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi.
4. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Nota: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.