Cara buat soto sedap ini kena belajar terutama kalau berhajat nak menyediakan menu ini untuk tetamu yang datang beraya atau mengadakan rumah terbuka.

Resipi ini akan buat tetamu menghirup kuah terutama bila ditambah sambal kicapnya yang padu. Puas hati makan.

Cara buat soto sedap, kuah dan sambal kicap padu

Cara Buat Soto Sedap, Lengkap Dengan Bergedil & Sambal Kicap Padu

Bahan kisar

1 inci halia
4 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih

Bahan lain

Ayam secukupnya (potong besar, untuk dicarik nanti)
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
½ pek serbuk sup Adabi (peket kecil)
½ pek serbuk kurma Adabi
1 kiub ayam
Akar daun sup (dipotong dan dicuci bersih)
2 liter air (lebih kurang 1 jug besar)

Ads

Cara memasak kuah soto

  • Tumis bahan kisar, serai, dan akar daun sup hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto, kacau rata.
  • Masukkan ayam. Bila air ayam hampir kering, baru masukkan air.
  • Tambah kiub ayam, perasakan dengan garam dan gula. Reneh hingga ayam masak.
  • Angkat ayam, toskan dan carik untuk hidangan.
  • Kuah soto siap.

INFO: Boleh juga guna rempah soto sebagai ganti serbuk sup/kurma. Tapi bahan lain jangan tinggal ya! Itu yang membuatkan kuah pekat dan wangi.

Cara Buat Soto Sedap, Lengkap Dengan Bergedil & Sambal Kicap Padu

Cara buat begedil kentang

Bahan-bahan

5–6 biji ubi kentang (buang kulit, potong kecil, rebus dan lenyek)
Daun sup (hiris halus)
Bawang goreng secukupnya
1 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya

Ads

Cara membuat

  • Gaul kentang lenyek bersama daun sup dan bawang goreng.
  • Bulatkan dan leperkan sedikit.
  • Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah, pukul hingga sebati.
  • Panaskan minyak (cukup untuk tenggelam separuh begedil saja).
  • Celup begedil dalam telur, goreng sampai bahagian bawah garing, baru balikkan. Jangan cepat sangat, nanti pecah.

Resipi Sambal Kicap Padu

Bahan-bahan

1 ulas bawang putih (dititik)
Segenggam cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1–2 sudu besar gula
1–2 sudu besar sos cili
Kicap manis secukupnya
1 sudu besar minyak gorengan bawang putih

Cara membuat

  • Goreng bawang putih yang dititik tadi hingga garing.
  • Masukkan cili padi dalam kuali yang sama, goreng sekejap bersama bawang putih tadi. Angkat dan asingkan—jangan buang minyaknya.
  • Tumbuk cili dan bawang goreng sampai lumat.Masukkan gula, sos cili dan kicap manis secukupnya.
  • Tambah 1 sudu minyak gorengan tadi ke dalam sambal. Gaul rata. Tak perlu tambah garam sebab sos cili dan kicap dah cukup masin.

Nota: Sambal ini bukan saja sedap untuk soto, tapi juga sedap dicicah dengan mi sup, gorengan seperti pisang, ubi atau sukun. Pendek kata, ikut suka tekak masing-masing.

Cara penyediaan soto

Cara Buat Soto Sedap, Lengkap Dengan Bergedil & Sambal Kicap Padu

Ads

Hidangkan kuah suo, begedil dan sambal kicap dengan nasi impit, ayam yang dicarik, suhun goreng, kacang goreng, taugeh, daun sup, serta bawang goreng.

INFO: Sukatan bahan ini adalah untuk enam orang makan, boleh gandakan jika mahu menyediakan dalam kuantiti banyak.

Sumber: Fara Lome

Baca Lagi: Cara Buat Sup Ayam Pekat Berempah, Guna 2 Jenis Rempah Ini Baru ‘Kick’

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI