Makan

Cara Buat Spicy Carbonara Yang Sedap, Gerenti Licin Tetamu Makan. Masak Pun Mudah, 30 Minit Siap!

Share

Hidangan spicy carbonara ini bukanlah resipi carbonara yang asli tapi yang pasti menu perkongsian oleh Ayu Mashruddin nampak sedap sangat.

Malah ia diakui oleh beliau sendiri, bukan setakat sedap katanya resipi spicy carbonara ini juga sangat mudah disediakan terutama bila ada tetamu yang datang secara tiba-tiba. Hanya 30 minit diperlukan untuk menyiapkan hidangan ini.

“Spicy carbonara ini gerenti sedap dan sangat senang dibuat terutama kalau ada tetamu datang mengejut. 30 minit siap masak,”katanya yang turut berkongsi cara memasaknya.

Cara buat spicy carbonara yang sedap dan mudah

Bahan-bahan
1 pek (500 grams) spageti

Bahan tumis 
Mentega dan minyak zaitun – untuk menumis
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus – lagi banyak bawang putih lagi sedap
4 ke 6 batang cili padi – hiris halus
Dada ayam / udang / beef pepperoni / salami

Bahan lain
1 tin cendawan butang – atau guna cendawan butang segar
Capsicum – potong dadu (kalau suka)
1 tin Prego Cheese & Herbs (kuning)
1 tin Prego Carbonara Mushroom (biru)
1 tin full cream Dutch Lady (guna tin Prego untuk sukat)
1 kotak kecil cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam
Garam & blackpepper
Italian Mix herbs

Cara membuat

1. Rebus spageti dengan sedikit minyak hingga masak. Kemudian tos.

2. Panaskan mentega dan minyak zaitun dalam kuali kemudian tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi. Bila naik bau masukkan dada ayam, udang dan sebagainya. Tumis lagi.

3. Seterusnya masukkan cendawan butang bersama capsicum yang dipotong. Kacau.

4. Masukkan sos Prego tin kuning diikuti sos Prego tin biru. Kacau sebati.

5. Kemudian masukkan susu full cream bersama cooking cream. Masukkan juga air rebusan pasta. Kacau biar mendidih seketika.

6. Masukkan kiub ayam bersama garam, blackpepper dan Italian mix herbs. Perasakan ikut cita rasa.

7. Boleh sesuaikan kepekatan kuah menggunakan susu full cream. Jika nak kuah lebih tambah susu. Siap.

8. Letak spageti dalam pinggan dan tuang spicy carbonara ini, boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Ayu Mashruddin

Published by
VK