Untitled-1

 

Beberapa minggu lagi sesi persekolahan baru akan dibuat. Mesti ramai parent yang dah beli buku untuk sekolah anak. Antara rutin yang ibu terutama untuk yang darjah satu atau dua adalah menulis nama anak pada buku.

Kalau ada 30 buku lenguh juga tangan kan mulalah tulisan jadi tak cantik. Jadi untuk mudahkan cara ibu bapa boleh buat stiker nama anak. Model pun tak banyak cuma beli print label saja. Boleh cuba ikut perkongsian Lyne Aziz.

Langkah 1

Beli Self-Adhesive (19mm x 50mm) (Kod: 1012). Harga di Mydin RM1.40

Langkah 2

Muat turun template berikut; pilih nama yang berkenan

Teacherhttps://drive.google.com/open…

Ejen Alihttps://drive.google.com/open…

IKLAN

Frozen Elsa – https://drive.google.com/open…

Frozen Anna – 4 Lines https://drive.google.com/open…

Little Ponyhttps://drive.google.com/open…

Spidermanhttps://drive.google.com/open…

Hello Kittyhttps://drive.google.com/open…

Langkah 3

– Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H).
– Tekan Ctrl+H
– Isi nama “HASLINA AZIZ” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”.
– Klik “Replace All”
– Ulang step sama untuk replace nama kelas dan sekolah.

Langkah 4

– Utk tukar gambar lain
– Save gambar yang diinginkan.
– Highlight semua gambar asal, double click dan klik “Change picture”.
– Pilih gambar baru yang ingin ditukar dan tekan “Insert”

Langkah 5

Print, siap!

Hasilnya

Selamat mencuba!

Sumber: Lyne Aziz