Biasa kita buat sup penuh dengan rasa rempah, tapi kalau makan di restoren Siam lain sikit rasanya kan.
Ada rasa masam-masam sikit, memang sedap hirup. Kalau nak buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Vidda Waheda Ismail.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan halia yang siap dihiris. Campur juga hirisan lemak ayam dan tumis sampai wangi.
2. Tambah air, perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
Ads
3. Biar mendidih, masukkan ayam dulu. Tutup periuk dan biar ayam masak sekejap. Kemudian masukkan saleri dan lobak merah.
4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis.
Waktu tengah hari panas ni dapat minum air kopi ais kaw memang sedap. Dapat pula yang kopi pekat, manis dan rasa lemak sikit memang hilang dahaga. Minum segelas memang tak cukup.
Nak buat kopi kaw begini ada sukatan dan bancuhannya, dan hasilnya boleh jadi lagi sedap dari kopi yang kita minum di kafe mahal.
Jika teringin nak hirup kopi macam ni boleh cuba ikut perkongsian dari Ben Safwan ini ya.
Baru-baru ni ramai yang berkongsi kelebihan menanam pokok ular atau lidah ular dalam rumah. Ia mampu membersihkan udara dalam rumah secara semula jadi kerana melepaskan karbon diaoksida waktu malam dan menukarnya kepada oksigen.
Bagi yang tiada air freshner setidak-tidaknya pokok ini mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.
Ini yang diviralkan tapi sebenarnya ada lagi beberapa jenis pokok yang boleh kita tanam dan letakkan dalam rumah untuk fungsi yang sama. Malah ada antara pokok ini mampu menyerap racun dalam udara dalam kadar yang tinggi.
Pokok-pokok ini juga hijau dan cantik untuk menyerikan kediaman, jadi daripada tanam pokok bunga yang kita tak tahu manfaatnya lagi elok tanam yang ini.
1. Pokok sirih gading
Pokok yang dikenali juga sebagai Devil’s Ivy ini kalau diperhatikan selalu ditanam dalam pejabat. Sangat cantu kalau diletakkan dalam pasu kecil. Ia menyerap fomaldehyde dan toksin berbahaya yang lain.
2. Aloe Vera
Selalu kita tanam pokok ini di luar rumah. Kegunaanya yang kita tahu untuk kecantikan kulit saja. Tapi ada lagi kebaikan pokok aloe vera ini. Kalau diletakkan dalam rumah ia mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti benzena. Daripada terbiar di halaman bawa masuk dalam rumah ya.
3. Monstera deliciosa
Daun pokok ini memang cantik. Sangat bermanfaat jika diletak dalam rumah kerana mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
4. Dracaena
Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
5. Spider plant
Kelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.
Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.
Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.
Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya:
1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.
2. Letak tapis atas baldi kecil
3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.
Tujuan benih ditutup adalah untuk mengekalkan kelembapan sabut dan cepatkan benih bertunas.
7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.
Daun kuning itu bila terkena matahari akan perlahan-lahan bertukar jadi hijau. Untuk permulaan akar kangkung masih pendek jadi pastikan air mesti kena hingga bahagian bawah tapis.
8. Ini gambar hari kelima
Air baja perlu ditambah, bukan ditukar. Air baja akan semakin susut diserap oleh akar. Penggunaan baja: Minggu pertama – 10ml baja AB + 2 liter air, minggu kedua – 15ml baja AB.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...