Cara Buat Sup Ayam Ala Thai. Cukup Masam, Masin & Pedas. Sedapnya Hirup

Share

Biasa kita buat sup penuh dengan rasa rempah, tapi kalau makan di restoren Siam lain sikit rasanya kan.

Ada rasa masam-masam sikit, memang sedap hirup. Kalau nak buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Vidda Waheda Ismail.

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan halia yang siap dihiris. Campur juga hirisan lemak ayam dan tumis sampai wangi.

2. Tambah air, perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.

3. Biar mendidih, masukkan ayam dulu. Tutup periuk dan biar ayam masak sekejap. Kemudian masukkan saleri dan lobak merah.

4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis.

5. Hasilnya. Cukup masin, masam, pedas.

Selamat mencuba.

Sumber: Vidda Waheda Ismail

 

Published by
VK