Sup ayam, siapa saja yang tak suka kalau dapat yang pekat memang lagi sedap. Nak masak sup yang pekat begini memang senang. Tapi kalau tak kena cara dan rempahnya tak menjadi juga.
Jika ikut cara yang dikongsi oleh Zurina Zulkifli, untuk menghasilkan sup ayam berempah yang pekat kena gunakan 2 jenis rempah ini. Barulah hasilnya jadi pekat, sedap dan ada ‘kick’. Resipi ini sup ayam pekat oleh Zarina ini juga mendapat 15k perkongsian di Facebook.
Cara buat sup ayam berempah yang pekat
Berikut adalah langkah demi langkah membuat sup ayam yang dikongsi. Cara memasaknya memang mudah.
1. Bahan untuk masak sup ayam pekat, mesti guna dua paket rempah ni.
-Paket serbuk rempah sup
-Paket 4 sekawan rempah dan bunjut
2. Sediakan semangkuk ayam bahagian bertulang. Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup.
Ads
3. Panaskan 3 sudu minyak masak, tumiskan sebiji bawang merah yang dihiris nipis bersama dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
4. Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
5. Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
6. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
Ads
7. Masukkan ayam, gaul rata.
8. Masukkan dua mangkuk air, kemudian masukkan bunjut sup.
Ads
9. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
10. Biarkan sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
11. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Melihat daun pada pokok sayur jenis buah yang merimbun dengan subur kita pun seronok melihatnya. Tapi perlu diketahui bahawa tidak semua daun-daun yang merimbun ini berguna untuk pokok.
Terdapat tiga jenis daun yang tidak berfungsi malah boleh menyebabkan risiko pada pokok diserang perosak dan penyakit. Justeru tiga jenis daun ini haruslah dibuang. 1. Daun kering 2. Daun kuning (faktor usia) 3. Daun yang tak terdedah pada cahaya
Menurut usahawan tani Azuan Abdullah yang selalu berkongsi tip dan cara penanaman di dalam akaun media sosial beliau, ketiga-tiga jenis daun di atas adalah daun yang tidak berfungsi. Dengan kata mudah ia tidak berfungsi sebagai kilang kepada pokok.
3 daun ini kena buang
Dalam pengurusan ladang (sayur buah) yang baik, semua daun ini akan “diprunning” , kemudian ditanam atau dibakar.
Proses ini amat penting pagi memastikan pokok kita,
-Kurang risiko serangan perosak dan penyakit.
-Sistem pengudaraan yang baik kepada pokok.
-Menjimatkan pengambilan nutrien.
-Agihan nutrien dalam pokok lebih seragam.
-Meningkatkan pengeluaran buah.
Pokok subur buah kurang, puncanya banyak daun tak berfungsi
Jika pokok yang ditanam subur sangat dan buahnya kurang. Ia biasa disebabkan oleh banyaknya daun yang tidak berfungsi di pokok. Lakukan prunning daun usah sayang.
Tapi semasa prunning berpada pada la ya, jangan sampai botak pula pokok. Bila dah botak, tumbesaran pokok akan terganggu. Tak cukup makanan sebab kilang dah kurang. Nak pulih balik, kena ambil masa.
Rumah kampung lama selalunya dibina tanpa siling. Kebiasaannya kita akan tambah kemudian hari bila ada bajet.
Jika ketika ini ada yang bercadang nak buat siling di rumah kampung perkongsian Shamsul Nizam boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi hasil DIY siling bilik rumah kampung menggunakan besi batten. Hasilnya kemas dan cantik.
DIY siling rumah kampung guna besi batten
Cuma nak share siap DIY siling bilik rumah kampung guna besi batten Luas 11×12 Besi batten Siling 2×4 Spray hitam diy Rivet Alhamdulillah kepuasan hasil tangan sendiri
Fitting setiap siling. Saya rivet pada semua cantuman besi melintang & menegak. Bagi kukuh & kemas
Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support. Spray warna hitam separuh.
Siling siap dicat warna putih untuk finishing supaya berseri dengan frame hitam.
Cuma tolak atas & alih ke tepi untuk buka siling. Buka ini sebab nak tukar batang kipas panjang sikit.
Bagi yang suka bercucuk tanam atau pun suka makan sayur terutama salad korang boleh praktikkan cara menanam sayur ini yang cukup mudah.
Tanam dalam botol air mineral saja. Lepas tanam, tinggal dan kemudian boleh tuai. Senangkan! Cara ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Guna teknik tanam, tinggal & tuai (3T)
Ini cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)
1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Guna apa pun janji tumbuh benih.
2. Semai guna cocopeat atau sabut. Boleh beli di nurseri satu guni RM15 (sabut ni murah).
3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daun kira-kira 2-3 minggu alihkan ke pasu atau bekas yang sesuai. Yang ini Aida guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik Google beli je bekas hidroponik.
4. Cara buat botol, potong 2 botol mineral kemudian buat lubang pada penutup mineral water. Masukkan benang/kain. Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.
5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok ke dalamnya.
6. Tip alihkan anak pokok supaya akar tak putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.
7. Bahagian bawah letak air + baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Kalau air baja dah habis nanti tambahkan.
8. Peringkat awal letak di tempat teduh. Bila daud dah besar sikit beri cahaya matahari.
9. Dah sebulan lebih atau 2 bulan boleh tuai hasil. Sekejap je kan.