Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.
Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.
Cara buat sup kicap
Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
2 senduk kecil cili kisar
Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (jika suka
Cili padi (jika suka
Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka
Cara membuat
1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.
2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.
Ads
3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.
4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.
Ads
5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.
6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.
Kehadiran lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh kuman.
Nak guna penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet sebegini memang tak sesuai, nanti habis semua bahan makanan yang disimpan berbau kimia ini.
Jadi kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih semula jadi iaitu gunakan rempah ratus.
Caranya mudah, tiada bahan kimia dan tak keluar modal kerana guna bahan yang memang sedia ada di rumah.
Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya. Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Ramai yang pilih untuk beli saja langsir kediaman memandangkan ada banyak pilihan dan murah berbanding menempahnya. Tapi satu masalah bila beli langsir ready made ini adalah ukurannya tak sama dengan tingkap atau pintu kediaman kita.
Selalunya terlebih panjang. Biasanya bila dapat langsir begini kita hantar kedai jahit dan potong. Tapi sebenarnya ada cara lagi mudah untuk pendekkan langsir tanpa perlu potong.
Guna double sided adhesive cloth
Boleh guna pelekat ini, Iron- On Double Sided Adhesive Cloth. Caranya cukup mudah;
1. Ukur ketinggian langsir yang sepatutnya.
2. Kemudian letak pelekat ini pada bahagian bawah langsir. Sesuaikan dengan ketinggian langsir.
3. Selepas itu lipat dan gosok dengan seterika. Dah siap.
4. Hasilnya memang kemas, tak perlu potong.
Pelekat ini boleh dibeli terus di Daiso dan boleh juga beli online di Shopee (klik SINI untuk link). Harga tak sampai RM10 pun. Kalau nak tampal lencana sekolah anak pun boleh guna pelekat ini.
Geran tanah antara dokumen yang penting untuk kita simpan dengan selamat. Tapi jangan pula kita berlebihan dalam usaha memastikan dokumen ini tidak mudah rosak.
Antaranya seperti membuat kaedah laminate geran atau laminasi geran tanah. Tindakan ini tidak boleh dilakukan pada dokumen seperti geran tanah.
Menerusi hantaran tular, seorang peguam, Khalil Md Rofiee menyatakan tindakan laminasi pada geran tanah akan menyebabkan dokumen tersebut dikategorikan sebagai rosak.
Ini lima senario yang sering terjadi membabitkan geran tanah.
1. Geran tanah yang koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng sudah dianggap rosak atau ‘total lost’.
2. Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran tanah baru yang mengambil masa sebulan.
3. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.
4. Terdapat kes pusaka yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa tangguh sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan geran tanah.
INFO
-Proses untuk menggantikan ini termasuk dalam Permohonan Hakmilik Rosak
-Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.
-Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.
-Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...