Makan

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Share

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

Cara buat sup kicap

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap.


Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

Rempah tumis 4 sekawan
1sd keci jintan manis
1sd kecil ketumbar

Bahan B

5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
2 senduk kecil cili kisar
Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (jika suka
Cili padi (jika suka
Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Published by
VK