Ada ramai peminat sup mamak yang pekat ni. Cicah dengan roti benggali memang sedap, nak makan dengan nasi pun boleh.
Yang pasti kalau pekena sup ini memang akan hirup sampai licin. Lepas makan tersandar kepuasan dibuatnya. Nak cuba buat sendiri tiada masalah, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Emee Sham.
Cara buat sup mamak ayam kampung yang sedap, pekat
Ada yang minta resipi sup mamak saya hari tu, jadi saya kongsikan resepinya
Bahan-bahan
Ayam kampung – potong 4 bahagian
Rempah 4 sekawan
4 paket kecil rempah sup (serbuk)
1/2 paket rempah kurma (serbuk)
1 biji tomato
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang, bawang goreng untuk hiasan
Bahan kisar
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Cili api merah
Halia
Ads
Cara membuat:
Rebus ayam kampung bersama rempah 4 sekawan. Nak guna daging lembu atau kambing pun boleh ya.
2. Bila dah mendidih masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan mereneh.
3. Seterusnya masukkan rempah sup dan rempah kurma. Kacau rata gunakan api sederhana.
Ads
4. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan biarkan mereneh lagi. Perasakan dengan garam dan boleh terus masukkan bawang goreng, hirisan daun sup. Kacau.
5. Keluarkan ayam yang dah masak empuk tadi dan tos. Tinggalkan sup saja dalam periuk, lalu perah limau nipis.
Ads
6. Bila kepekatan sup dah cantik, rasa dah ok boleh tutup api.
7. Untuk hidang, potong kecil ayam tadi, masukkan dalam mangkuk dan tuang sup. Boleh tabur dengan bahan hiasan.
TIP: Boleh juga masukkan lobak merah ketika merebus sup, biar lobak hancur untuk memekatkan kuah sup. Selain itu sup yang pekat adalah hasil dari bawang besar yang dikisar dan rempah yang digunakan.
Selama tempoh PKP ini hampir semua rakyat duduk di rumah. Kalau semua ada di rumah faham-faham sajalah dengan penggunaan elektrik.
Kipas, lampu, tv mungkin sepanjang masa. Itu belum masuk lagi penghawa dingin, gajet yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Boleh jangka bil nya nanti.
Tapi berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.
Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.
Kadar diskaun bergantung pada jumlah penggunaan
Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB
Jumlah Penggunaan Sebulan
Kadar Diskaun
0-200 kWh atau sehingga RM43.60
50%
201 hingga 300 kWh atau RM43.70 sehingga RM77
25%
301 hingga 600kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80
15%
Lebih dari 600kWh atau RM231.90 dan ke atas
2%
Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.
Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery.
Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Pokok cili kena serangan perosak pulih lepas sembur air bunga cengkih
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ini. Kena serangan bena dan parasit yang buat daunnya kerinting.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...