Cara Buat Sup Tauhu Telur Yang Sedap & Tip Agar Tauhu Tak Hancur, Sup Telur Elok Macam ‘Bertali’

Share

Ramai yang suka makan sup tauhu telur macam ni tapi tak berapa mahir nak masak. Ada yang jadi terlalu pekat. tauhu hancur, sup telur berketul dan tak cantik.

Supaya hasil kejadian sup tauhu telur yang kita buat sedap dan elok, boleh ikut cara dan tip yang dikongsi oleh Siti Zanariah Khalit.

Buat sendiri sup tauhu telur yang sedap, ikut cara dan tip ini

Lauk kegemaran anak-anak saya, sup tauhu telur. Cepat, ringkas dan insya-Allah sedap.

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur- potong tauhu telur 4-6 potongan untuk satu tiub
  • Bawang putih – dicincang
  • Serbuk lada hitam
  • Udang / isi ayam
  • Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
  • Cendawan shimeji / fresh shitake
  • Lobak merah – hiris halus memanjang
  • Daun sup – dihiris
  • Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (boleh juga guna tepung jagung)
  • 2 biji telur – pukul dengan garfu
  • Garam
  • Serbuk perasa (kalau suka)
Foto: Facebook Zarina Zubir

Cara membuat

1. Goreng tauhu telur menggunakan minyak yang betul-betul panas supaya tak meletup-letup. Angkat dan ketepikan bila nampak keperangan.

2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam.

3. Kemudian masukkan sos tiram, air dan cendawan. Biar mendidih.

4. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.

5. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Tapi pastikan jangan sampai bergentel. Tip; kuantiti tepung ubi jangan banyak sangat supaya bila masak tak rasa macam ada gam. Jika tak biasa guna seeloknya pakai tepung jagung.

6. Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi.

7. Perlahankan api, tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam dalam beberapa saat.

8. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.

9. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Tip elak tauhu hancur, cara potong kena betul
  • Potong tauhu di bahagian tengah tiub dulu, ikut garisan yang ada pada pembungkus (bukan potong dari muncung tiub ya). Selepas potong dua kemudian baru potong ikut saiz yang kita nak.
  • Waktu menggoreng minyak kena betul-betul panas dan guna api besar. Bila dah keperangan baru terbalikkan. Insya-Allah tak hancur dan tak meletup.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Zanariah Khalit

 

Published by
VK